BERHATI-HATI! Kenderaan Dilarikan Akibat Tak Matikan Enjin (VIDEO)

18:23
BERHATI-HATI! Kenderaan Dilarikan Akibat Tak Matikan Enjin (VIDEO)




Gara-gara meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin, seorang pemandu berputih mata apabila kenderaannya dilarikan di sebuah stesen minyak.



Kejadian yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan itu berlaku di Taman Impian Emas, Skudai, Johor.



Dipercayai pemandu itu meninggalkan kenderaannya untuk ke kaunter bagi membuat pembayaran sebelum mengisi minyak.



Pada masa yang sama, sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki dilihat berhenti tidak jauh dari kenderaannya sebelum seorang daripada mereka bertindak masuk ke dalam kenderaan tersebut dan melarikannya.



Setakat ini, tidak diketahui sama ada kenderaan itu sudah berjaya ditemui semula atau tidak.













Sumber : Mynewshub




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.