Video Bayi Terjatuh Dari Tingkat Dua Berjaya Diselamatkan

11:27
Video Bayi Terjatuh Dari Tingkat Dua Berjaya Diselamatkan

Imej dramatik dua lelaki China menyelamatkan seorang bayi yang jatuh dari tingkap di tingkat dua sebuah bangunan didedahkan media kerajaan China pada Jumaat.






Seorang lelaki yang berjalan melalui bangunan itu ketika ribut petir di selatan Guangdong ternampak seorang kanak-kanak sedang memanjat pelipis tingkap, lapor stesen televisyen Guangdong.



Dalam rakaman video litar tertutup itu menunjukkan lelaki berkenaan bersama seorang lagi pemuda mendepakan tangan bagi menyambut bayi yang terjatuh itu.



Akhirnya mangsa jatuh betul-betul dalam dakapan mereka.



Sesetengah laporan menyatakan insiden pada Ahad lalu itu membabitkan seorang bayi berusia setahun yang mencari ibunya.



“Saya tidak fikir panjang pada waktu itu. Saya takut tidak dapat menyambut bayi berkenaan,” kata lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Li itu dipetik sebagai berkata.



Video terbabit menjadi perbualan ramai di media sosial di seluruh dunia apabila beribu-ribu pengguna memberikan komen mereka.







“Wow!…ini yang dipanggil tangkapan hebat. Lelaki itu memang seorang wira,” kata seorang pengguna YouTube.



Sumber




Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.