Undang-Undang Dilarang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat Dikuatkuasa Di Perancis merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Undang-Undang Dilarang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat Dikuatkuasa Di Perancis.
PARIS - PERANCIS. Pekerja di Perancis kini boleh menarik nafas lega selepas undang-undang baharu yang melarang syarikat mengganggu pekerja selepas waktu pejabat dikuatkuasakan, hari ini.
Menurut laporan BBC, undang-undang yang diperkenalkan pada Mei lepas memerintahkan syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak menggangu pekerja dengan panggilan atau e-mel selepas waktu pejabat atau waktu cuti.
Ketika undang-undang tersebut baru diperkenalkan, beberapa pihak mendakwa pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat.
Pekerja juga didakwa tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.
Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan. - Sehinggit Media
Sumber: Sinar Harian
#Infokini di Undang-Undang Dilarang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat Dikuatkuasa Di Perancis
EmoticonEmoticon