Sebak Seorang Suami - Isteri Maut Digilis Lori

21:18
Sebak Seorang Suami - Isteri Maut Digilis Lori



Jalan Cheras

Taman Segar

Cheras, Kuala Lumpur

16 Jun 2014

9 pagi


Nama : Noorshah Ahmad, 35,Taman Cheras Awana, Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur






Sesiapapun berada dalam situasi begini, pasti ia akan menjadi igauan paling tragis dalam hidup.



Hanya semangat yang kuat dan redha apa yang berlaku, yang mampu menahan diri dari melakukan tindakan di luar kawalan.



Itulah yang berlaku pagi ini, yang meruntun perasaan sesiapa jua yang melihatnya, belum lagi jika mengalaminya.






Pasangan suami isteri ini dalam perjalanan dari rumah mereka di Batu 9 Cheras – Muhammad Hafiz Ab Rahmn, 28, menghantar isteri, Norsha Ahmad,35 ke tempat kerja di Taman Shamelin.





Setibanya di tempat kejadian, dengan keadaan laluan yang agak tidak terurus kerana pembinaan MRT, motosikal hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta mewah yang memasuki laluannya.


Akibatnya, isteri yang membonceng, tercampak ke atas jalan.





Malang bagi Noorshah, sebuah lori sarat membawa muatan pasir yang mengekori dari belakang, terus menggilisnya.


Mangsa yang parah hampir keseluruhan badan, maut di tempat kejadian.





Muhammad Hafiz yang terjatuh di bahagian tengah antara tayar lori, bagaimanapun terselamat.


Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati.





Suami mana yang sangup membiarkan jasad isterinya dalam keadaan itu, lalu membuka baju dipakai dan menutupnya jasad isterinya.


Orangramai kemudian memberikan sehelai baju kepada Muhammad Hafiz untuk dipakainya.





Bagi anggota trafik bertugas, melihat kecekalan dan tabahnya Muhammad Hafiz apabila sama-sama mengumpulkan cebisan mayat isterinya.





Dan membantu mencuci jalan kesan dari kemalangan ini.





Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, yang baru berusia 6 bulan, Muhammad Adam Mishary.


Muhammad Hafiz merupakan pelajar pengajian Islam di sebuah madrasah di Sri Petaling, manakala arwah isterinya merupakan pekerja sebuah kilang roti di Taman Shamelin.


Sumber

I am Hot Blogger Who Always Glepor.
Author of Glepor Blog Sesawang Miscellaneous. Jaringan Sejagat Perkongsian Infokini, Berita, Hiburan dan Peristiwa di Malaysia the Truly Asia.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.