5 Langkah Mudah Untuk Hilangkan Kesan Calar ini di Kereta Buat Selama-lamanya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 5 Langkah Mudah Untuk Hilangkan Kesan Calar ini di Kereta Buat Selama-lamanya.
Pernahkah anda terserempak dengan kesan calar di kereta yang akan hilang apabila dibasuh tetapi apabila kereta kering, ia akan menampakkan dirinya semula?
#Infokini di 5 Langkah Mudah Untuk Hilangkan Kesan Calar ini di Kereta Buat Selama-lamanya
Pernahkah anda terserempak dengan kesan calar di kereta yang akan hilang apabila dibasuh tetapi apabila kereta kering, ia akan menampakkan dirinya semula?
Mungkin anda pernah cuba menghilangkannya dengan menggunakan wax dan polish tetapi dalam masa yang singkat ia akan datang kembali.
Seorang pengguna Youtube, Chrisfix telah tampil dengan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan calar itu buat selama-lamanya dari kereta anda.
Memahami kesan calar ringan
Tapi sebelum kita pergi lebih mendalam kepada kaedah ini, mungkin agak membantu juga jika anda memahami bagaimana kesan calar ini berlaku.
Calar ringan ini berlaku apabila terdapat lohong yang mencalarkan bahagian cat 'clear' atau lapisan cat yang berada di bahagian paling luar badan kereta. Disebabkan calar itu, cahaya yang dipantul menjadi tidak sekata.
Namun, calar ini hanya kelihatan apabila kereta kering tapi nampak seperti hilang apabila kereta dalam keadaan basah. Ini kerana, ketika kereta basah, lubang calar itu dipenuhi oleh air, menyebabkan cahaya dipantul dengan sekata semula.
Jadi bagaimana untuk menghilangkan kesan calar ini buat selama-lamanya? Jawapannya adalah dengan cara meratakan kembali ruang calar itu seperti gambar dibawah.
Sebelum mengikuti langkah ini, anda perlu terlebih dahulu pastikan yang kesan calar itu adalah kesan calar ringan. Caranya mudah saja, jika anda menyembur air sabun kepada calar ini, ia tidak kelihatan; seperti gambar dibawah.
Bahan yang diperlukan
Air sabun basuh kereta
Salotape
Krim polish
Wax
Kain fiber
kertas pasir 3000 grit & 5000 grit
5 Langkah Untuk Hilangkan Kesan Calar Ringan
1 - Gunakan air sabun & kain fiber untuk membasuh kesan calar itu supaya bebas dari habuk & pasir
2 - Gunakan salotape untuk tandakan kawasan yang perlu diratakan.
3 - Gosok kesan calar itu menggunakan kertas pasir 3000 grit dahulu. Kemudian besarkan kawasan salotape dan gosok semula menggunakan kertas pasir grit 5000.
Note: jika kesan calar anda tidak dalam, anda boleh terus guna kertas pasir grit 5000.
4 - Polish kawasan yang telah digosokkan tadi menggunakan krim polish
5 - Gosokkan wax sebagai lapisan perlindungan.
Itu sahaja, selepas selesai, kereta anda akan berkilat seperti asal kembali. :-).
Tetapi, sewaktu anda mengguna pakai langkah ini, kami nasihatkan supaya mengikuti video tutorial ini supaya anda lebih 'clear' dan mendapat hasil yang sempurna.
EmoticonEmoticon