TERBARU..Pesawat MH370 Turun Mendadak Pada Kelajuan Tinggi Sebelum Hilang merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri TERBARU..Pesawat MH370 Turun Mendadak Pada Kelajuan Tinggi Sebelum Hilang.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 didapati turun pada kadar yang laju sebelum ia hilang.
Pendedahan itu adalah laporan terbaharu mengenai pesawat MH370 daripada analisis tambahan satelit komunikasi daripada pesawat.
Laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, analisis tambahan terhadap serpihan bahagian sayap, flap, mendapati pesawat itu tidak menunjukkan ia akan mendarat.
Kedua-dua maklumat tersebut menyokong pandangan terdahulu ATSB bahawa MH370 beroperasi sendiri ketika turun secara mendadak selepas kehabisan bahan api tanpa campur tangan manusia.
Laporan 28 muka surat yang dikeluarkan pada hari ini ini mengandungi semulasi saat-saat akhir penerbangan dan simulasi hanyutan baharu, ketika mesyuarat tiga hari daripada pakar-pakar antarabangsa untuk perancangan berpotensi mengesan MH370 bermula hari ini.
Pesawat Boeing, B777 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal.
Operasi mencari pesawat itu telah dilakukan selama dua setengah tahun di Lautan Hindi.
Pencarian itu membabitkan kawasan seluas 120,000 kilometer persegi dijadualkan berakhir pada akhir tahun ini namun ia terpaksa ditangguhkan dua bulan akibat cuaca buruk.
Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester yang mempengerusikan mesyuarat yang disertai pakar-pakar di Camberra berkata, kumpulan itu akan mengkaji semula semua data dan analisis yang ada berkaitan dengan pencarian tersebut.
“Pakar-pakar juga akan memaklumkan baki operasi dan membentuk garis panduan bagi operasi mencari pada masa depan,” kata Chester dalam satu kenyataan.
Laporan ATSB menunjukkan pakar-pakar percaya kawasan pencarian ketika ini adalah lokasi kemalangan. – MalaysiaGazette
#Infokini di TERBARU..Pesawat MH370 Turun Mendadak Pada Kelajuan Tinggi Sebelum Hilang
EmoticonEmoticon