Akibat Komen Jelik Terhadap PM, Penganggur Didenda RM9,500

12:03
Akibat Komen Jelik Terhadap PM, Penganggur Didenda RM9,500 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Akibat Komen Jelik Terhadap PM, Penganggur Didenda RM9,500.


ALOR SETAR 22 Nov. - Seorang penganggur didenda sebanyak RM9,500 atau enam bulan penjara setelah mengaku bersalah membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi laman sosial Twitter, tahun lepas.

Tertuduh, Mohamad Ariff Fadila Arbain, 26, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Disember 2015 kira-kira pukul 9.32 malam menerusi akaun Twitter miliknya iaitu '@SangAlgojoe'.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lim Wei Yong sementara perdakwaan dikendalikan oleh Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria di hadapan Hakim Najwa Che Mat.- Utusan Online
#Infokini di Akibat Komen Jelik Terhadap PM, Penganggur Didenda RM9,500

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.