(VIDEO) Sultan Johor Titah Gunakan Wad Diraja Untuk Tempatkan Pesakit merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (VIDEO) Sultan Johor Titah Gunakan Wad Diraja Untuk Tempatkan Pesakit.
Sumber: Siakapkeli
#Infokini di (VIDEO) Sultan Johor Titah Gunakan Wad Diraja Untuk Tempatkan Pesakit
Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan mencemar duli ke Hospital Sultanah Aminah bagi melihat perkembangan semasa tragedi kebakaran di hospital berkenaan, lapor Harian Metro.
Baginda dalam lawatan berkenaan telah menitahkan supaya Wad Diraja di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Bainda Sultan telah memberi keizinan menggunakan wad Di Raja selepas melawat lokasi kebakaran.
"Sultan Johor bertitah supaya Wad Diraja yang lama di hospital ini digunakan sementara untuk dijadikan wad ICU dan menempatkan pesakit," katanya.
Sumber: Siakapkeli
EmoticonEmoticon