Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Akibat Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Akhirnya Ditemui

13:02
Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Akibat Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Akhirnya Ditemui merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Akibat Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Akhirnya Ditemui.

GEORGETOWN: Anggota bomba dan penyelamat menemui mayat seorang lelaki yang mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini, pada Selasa lalu. 

Mayat mangsa, Mohd Sukri Saad, 38, ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi. 

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Selasa lalu, pasukan peronda JSAHMS menemui sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 serta telefon bimbit yang ditinggalkan di tepi jalan jambatan berkenaan. 

Mangsa juga dipercayai sempat memuat naik status di laman sosial Facebook dan meluahkan rasa tertekan kerana berhadapan dakwaan memiliki rokok seludup, sebelum ia kemudiannya menjadi viral. - Berita Harian


#Infokini di Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Akibat Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Akhirnya Ditemui

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.