Bekalan Minyak Masak Semakin Berkurangan Akibat Diserbu Pengguna Sebelum Harga Dinaikkan Bulan Depan

10:56
Bekalan Minyak Masak Semakin Berkurangan Akibat Diserbu Pengguna Sebelum Harga Dinaikkan Bulan Depan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bekalan Minyak Masak Semakin Berkurangan Akibat Diserbu Pengguna Sebelum Harga Dinaikkan Bulan Depan.

BEKALAN minyak masak di seluruh negara dijangka terputus dalam dua minggu akan datang berikutan ramai pengguna akan membeli sebelum harga dinaikkan pada 1 November depan.

Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng berkata, dengan kenaikan minyak masak antara RM0.40 hingga RM1.90, sudah pasti akan berlaku pembelian panik daripada pengguna sama ada orang perseorangan mahupun peniaga.

Chee Meng berkata, keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak masak akan menyebabkan rakyat jelata terus tertekan setelah harga barang-barang keperluan harian yang lain semakin hari semakin mahal.

"Saya harap kerajaan dapat mendengar rungutan rakyat sebelum membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak masak ini. Kerajaan tidak patut membuat keputusan secara tergesa-gesa kerana ia akan membebankan lagi masalah rakyat," katanya ketika dihubungi Sin Chew Jit Poh.

Kata Chee Meng, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan kononnya pendapatan negara telah berkurangan sehingga mengurangkan pemberian subsidi, akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata kerana terpaksa membeli minyak masak yang lebih mahal.

"Dengan kenaikan minyak masak ini, apakah ini bermakna makanan lain yang dimasak dengan minyak masak turut akan dinaikkan?" soalnya.

Beliau berkata, pembelian panik yang akan dilakukan oleh orang ramai dengan berpusu-pusu ke kedai membeli minyak masak adalah perkara yang dijangkakan, sementara pembekal sudah pastinya akan menghadapi masalah terputus bekalan. - Sinar Harian
#Infokini di Bekalan Minyak Masak Semakin Berkurangan Akibat Diserbu Pengguna Sebelum Harga Dinaikkan Bulan Depan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.