11 Manfaat Luar Biasa dari Bawang Merah Bukan Setakat Dalam Masakan Rugi Tak Baca! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 11 Manfaat Luar Biasa dari Bawang Merah Bukan Setakat Dalam Masakan Rugi Tak Baca!.
Bawang merah pastinya bukan tanaman yang asing bagi masyarakat Malaysia. Bawang merah seringkali menjadi salah satu bahan utama yang digunakan dalam masakan. Masyarakat Malaysia cukup beruntung kerana sering menggunakan bawang merah dalam makanannya. Ini kerana bawang merah mengandung banyak manfaat untuk kesihatan.
Bawang merah mengandung allicin, sebuah zat antibakteri dan antivirus. Zat inilah yang memberikan bau menyengat pada bawang merah dan membuat orang menangis ketika memotongnya. Meski begitu, allicin dan bawang merah memberikan banyak manfaat hebat untuk tubuh. Berikut maklumat selengkapnya:
1. Mengawal Kandungan Gula Dalam Darah
Zat sulfur dalam bawang merah diketahui boleh menurunkan kandungan gula dan kolesterol dalam darah. Bawang merah adalah sumber makanan utama yang mengandung mineral kromium dan baik untuk menjaga kandungan gula dalam darah. Serat, potasium, dan nutrisi lain dalam bawang merah juga membantu penghasilan insulin.
2. Mencegah kanser
Selain mengawal kandungan gula dalam darah, zat sulfur tersebut juga mencegah pertumbuhan sel kanser. Hasil penelitian yang dilakukan selama 13 tahun di Italia dan Swiss menunjukkan bahawa ratusan orang yang sudah mencuba bawang merah dan bawang putih terhindar dari kanser mulut, kerongkong, usus besar, usus kecil, payudara, ovari, dan kanser prostat.
3. Mencegah bintik hitam pada kulit
Bawang merah juga boleh membantu mencegah bintik hitam pada kulit. Caranya, setelah membersihkan kulit, gosokkan bawang merah terus pada bahagian kulit yang gelap. Flavone quercetin dalam bawang merah akan meningkatkan penghasilan melatonin dan membuat warna kulit kembali seperti sedia kala.
4. Mengeluarkan racun
Sulfur dalam bawang merah merangsang penghasilan glitathione, iaitu antioksidan yang sangat kuat. Antioksidan tersebut akan mengaktifkan enzim dalam hati untuk mengeluarkan semua jenis racun dalam tubuh. Dikombinasikan dengan quercetin, antioksidan ini akan mencegah racun berkumpul dalam tubuh.
5. Meningkatkan kekebalan tubuh
Selain antioksidan dan nutrisi, bawang merah juga mengandung banyak vitamin C. VItamin ini sangat aktif untuk membunuh virus. Bawang merah yang antibakteria juga akan mencegah masalah dalam perut dan bakteria yang menyebabkannya.
6. Insomnia
Ya, Anda mungkin tak pernah membayangkan bahawa bawang merah berkaitan dengan insomnia. Namun faktanya, bawang merah boleh membantu mencegah insomnia. Caranya adalah dengan potong bawang merah mentah, kemudian hirup baunya selama lima sampai 10 kali sebelum tidur. Cara ini akan membantu anda untuk cepat tertidur.
7. Masalah Senggugut
Bawang merah mengandung asam amino cysteine yang meredakan sakit otot, stres, mencegah kerosakan sel, dan membantu fungsi hati. Makan bawang merah mentah setiap hari selama empat atau lima hari sebelum datang bulan untuk mencegah senggugut.
8. Hidung Berdarah
Ketika hidung mulai berdarah, gunakan bawang merah untuk segera menghentikannya. Caranya adalah dengan memotong bawang merah, kemudian meletakkannya di bawang hidung. Bau bawang merah akan mempercepatkan darah membeku secara semulajadi yang akan membantu menghentikan pendarahan.
9. kesihatan mulut
Mengunyah bawang merah mentah akan membunuh bakteria jahat dalam mulut yang boleh menyebabkan gigi reput dan infeksi. Aroma dan rasa bawang merah memang akan membuat mulut berbau, namun boleh anda bersihkan dengan mouthwash atau ubat gigi.
10. Jerawat
Jerawat atau bisul juga boleh dicegah dan diubati dengan bawang merah. Caranya dengan menggosokkan bawang merah pada wajah setiap hari. Ini akan membuat jerawat cepat hilang tanpa meninggalkan bekas. Anda tak perlu menggunakan zat kimia berbahaya.
11. Ghairah seks
Bagi anda yang memiliki pasangan, bawang merah juga boleh membantu meningkatkan ghairah seksual. Allicin dalam bawang merah meningkatkan aliran darah dan meningkatkan libido. Namun hati-hati dengan baunya sebelum bercinta, kerana ini boleh membuat pasangan tak selesa.
Itulah beberapa manfaat hebat yang tersembunyi dari bawang merah. Jangan hanya melihat tanaman ini sebagai bahan masakan di dapur sahaja, kerana lebih dari itu, bawang merah ternyata juga tanaman ubat yang boleh digunakan untuk banyak perkara.
#Infokini di 11 Manfaat Luar Biasa dari Bawang Merah Bukan Setakat Dalam Masakan Rugi Tak Baca!
EmoticonEmoticon