10 Petua Mudah Untuk Hilangkan Panau Dengan Berkesan Tapi Ramai Yang Tak Tahu

06:39
10 Petua Mudah Untuk Hilangkan Panau Dengan Berkesan Tapi Ramai Yang Tak Tahu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 Petua Mudah Untuk Hilangkan Panau Dengan Berkesan Tapi Ramai Yang Tak Tahu.


Panau merupakan salah satu penyakit kulit yang merimaskan pandangan walaupun tidaklah menyakitkan tetapi kadang-kadang agak mengatalkan. Panau yang berpunca dari peluh dan badan yang kotor sememangnya memudahkan lagi jangkitan panau. Jadi persoalannya bagaimana cara mengubati dan mengatasi masalah panau kan?

Jangkitan ini boleh kelihatan di lapisan luar kulit seperti di muka, belakang badan, kulit kepala dan bahagian dada.

Panau tidak menyakitkan tetapi kulit yang berpanau akan terasa gatal, kemerahan dan bersisik bila digaru. Tompok-tompok panau yang bercantum akan lebih jelas kelihatan.

Individu yang kerap berpeluh dan kurang zat pemakanan akan lebih mudah terkena jangkitan kulat yang menyebabkan panau. Untuk anda yang mempunyai masalah panau, di bawah ini kami kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan panau.


Berikut adalah 10 petua hilangkan panau dengan berkesan dan mudah di samping menjimatkan kos.

1. Daun pinang

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

2. Buah pinang

Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

3. Daun belimbing

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

4. Daun kesum dan minyak tanah

Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

5. Daun gelenggang

Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

6. Halia

Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

7. Pucuk lada

Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

8. Bawang putih dan halia

Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

9. Lengkuas

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

10. Daun lengkuas

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas. Amalkan selalu.

Hebat kan dengan 10 petua hilangkan panau dengan berkesan hanya dengan mengunakan bahan-bahan semulajadi dari alam sekitar. Itulah nikmat dan rahsia khazanah alam sekitar yang tak terhingga pada kita. Semoga petua hilangkan panau ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.


#Infokini di 10 Petua Mudah Untuk Hilangkan Panau Dengan Berkesan Tapi Ramai Yang Tak Tahu

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.