Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Tonton Perlawanan Chong Wei Menentang Lin Dan

16:50
Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Tonton Perlawanan Chong Wei Menentang Lin Dan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Tonton Perlawanan Chong Wei Menentang Lin Dan.


IPOH: Seorang warga emas meninggal dunia ketika menonton perlawanan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki di Rio baru-baru ini.

Kejadian itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Juita Ghazalie yang berkata mangsa dikenali sebagai Lum Wah Wong, 64, dari Papan di sini.

"Paramedik dari Hospital Batu Gajah mengesahkan mangsa meninggal semasa menonton badminton di rumahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Bernama, mereka difahamkan bahawa Lum yang menonton di rumah kakanya bersorak ketika Chong Wei dan Lin Dan masing-masing terikat pada kedudukan 20-20 pada set penentuan sebelum dia tiba-tiba jatuh dan meninggal kira-kira 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar mengesahkan kematian tersebut dan berkata mangsa mempunyai masalah jantung.

"Berdasarkan laporan doktor, mangsa mati disebabkan jantung. Memang mangsa ada menerima rawatan jantung," katanya.

Sumber : mStar Online

#Panas di Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Tonton Perlawanan Chong Wei Menentang Lin Dan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.