Surat Luahan Menyentuh Hati Lin Dan Kepada Chong Adalah Samata-Mata Imaginasi Dan Rekaan Peminat

11:40
Surat Luahan Menyentuh Hati Lin Dan Kepada Chong Adalah Samata-Mata Imaginasi Dan Rekaan Peminat merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Surat Luahan Menyentuh Hati Lin Dan Kepada Chong Adalah Samata-Mata Imaginasi Dan Rekaan Peminat.

Seperti ramai sedia maklum bahawa sebelum ini tersiar di laman sosial kononnya sekeping surat yang ditulis oleh Lin Dan kepada musuh ketatnya dalam dunia band minton, Datuk Lee Chong Wei, surat berkenaan telah menjadi viral meluas.

Rata-rata netizen dari Malaysia dan China menyatakan perasaan terharu dengan surat yang bertajuk 'Musuh Ketat Di Gelanggang, Rakan Baik Di Luar', ia seolah-olah luahan pesaing hebat seperti Ronaldo dan Messi, Larry Bird dan Magic Johnson, Federer dan Nadal dalam sukan yang diceburi mereka.

Walaupun belum menerima sebarang maklumbalas daripada Datuk Lee Chong Wei, berdasarkan sumber yang diperolehi, namun berdasarkan kenyataan semasa surat berkenaan adalah sebuah rekaan di mana ia hanyalah bayangan ataupun imaginasi seorang penulis yang tidak diketahui identitinya dan dimuatnaik dailynews.sina sebagai fiksyen peminat.

Memetik laporan New Straits Times yang memetik tulisan dari portal hype.my, artikel asal jelas menyebut “如果他們彼此給對方寫一封信的話,他們又會怎麼说呢?” atau dialih bahasa bermaksud "sekiranya mereka menulis surat kepada sesama sendiri, apakah yang akan mereka katakan?".

Dalam 'surat' yang kononnya diutuskan oleh Lin Dan itu, sepanjang perjalanan jaguh badminton dunia itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei di mana sedikit petikan asal 'surat' itu berbunyi "Ribuan terima kasih kerana disebabkan kamu, kita diiktiraf seperti juara yang lain sebagai pesaing yang hebat, ‘Lee-Lin’ rivalry. Kita seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di mana persaingan kita ini tiada kesudahannya."

Berikut adalah 'surat' itu dalam versi penuh.





 Twit artikel yang meletakan nama @rueyping sebagai penulis asal surat itu telah mendapat 11,000 like dan 15,000 perkongsian. bagaimana pun Twitt asal artikel berkenaan telah pun dipadam oleh penulis asalnya.

Berikut adalah reaksi netizen yang menyedari surat tersebut adalah rekaan semata-mata.

Surat itu telah menjadi viral selepas Datuk Lee Chong Wei telah berjaya menewaskan musuh tradisinya itu dalam separuh akhir sukan Olimpik Rio untuk layak ke perlawanan akhir. Lee Chong Wei menang 15-21, 21-11, 22-20 dalam 79 minit bertarung.- Siakapkeli.my #Panas di Surat Luahan Menyentuh Hati Lin Dan Kepada Chong Adalah Samata-Mata Imaginasi Dan Rekaan Peminat

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.