4 Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan

23:13
4 Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 4 Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan.


Musim cuaca panas, memang ramai yang demam. Selalunya bila batuk menyerang, kahak mula akan berkumpul. Kadang-kadang batuk dah elok, tetapi masih ada banyak kahak. Suara pun jadi serak.

Selain ubat yang dijual di pasaran ada beberapa petua untuk hilangkan kahak. Bahan-bahannya mudah didapati dan hasilnya pun memang cukup berkesan.

1. Minum Teh O Lemon Dan Madu

Kalau nak senang boleh beli teh o ais limau yang dijual tapi kalau nak lebih berkesan kenalah buat sendiri. Caranya mudah je, buat secawan air teh O yang panas, lepas tu campurkan dengan sehiris dua lemon. Boleh campurkan sedikit gula sebagai penambah rasa. Tapi nak lagi berkesan campurkan dengan sesudu madu asli.

2. Makan Makanan Yang Pedas

Selalunya bila batuk, orang akan elak dari makanan yang pedas-pedas tetapi sebenarnya makanan pedas ni secara tak langsung membantu untuk mencairkan kahak.

3. Minum Air Suam Panas

Seeloknya bila ada banyak kahak, elakkan dari minum air sejuk. Minum air suam panas atau sup panas memang membantu untuk mencairkan kahak.

4. Berkumur Dengan Air Garam

Campurkan setengah sudu garam dengan secawan air suam dan kumur. Memang membantu untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan di kerongkong.

Apa yang penting bila terasa ada banyak kahak, pastikan minum air secukupnya. Boleh juga sapu Vicks di bahagian dada bermula dari kerongkong untuk memberi rasa kelegaan ketika tidur malam.

Semoga Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah kahak yang dihadapi. Selamat mencuba.


#Infokini di 4 Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.