2 Guru Maut Selepas Bot Bawa 10 Penumpang Karam

20:25
2 Guru Maut Selepas Bot Bawa 10 Penumpang Karam merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 2 Guru Maut Selepas Bot Bawa 10 Penumpang Karam.


Kota Belud, 21 Ogos: Dua guru maut manakala seorang guru lain bersama lima murid dan dua kru bot terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di muara sungai Rampaian Laut kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Setakat ini, identiti guru tersebut bersama mangsa yang lain belum dikenal pasti dan semua mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman, sepasukan bomba dari BPP Kota Belud dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.45 petang.

"Laporan awal mendapati bot yang menuju ke Pulau Mantanani dilaporkan karam dan terdapat 10 mangsa berada di atas bot berkenaan.

"Lapan mangsa sudah dibawa ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut manakala dua mangsa disahkan meninggal dunia," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Difahamkan, semua mangsa dalam perjalanan dari Rampayan Laut menuju ke Pulau Mantanani bagi sesi persekolahan esok.

Sumber : Harian Metro

#Panas di 2 Guru Maut Selepas Bot Bawa 10 Penumpang Karam

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.