10 Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Pada Wanita Yang Patut Anda Tahu

01:43
10 Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Pada Wanita Yang Patut Anda Tahu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Pada Wanita Yang Patut Anda Tahu.


Amalan pemakanan yang manis atau tinggi kadar gula menyebabkan baik lelaki mahu pun wanita berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes atau kencing manis.

Namun tak ramai tahu simptom atau tanda-tanda penyakit kencing manis pada wanita berbeza sedikit dengan lelaki. 10 tanda ini antara yang dialami oleh pesakit kencing manis wanita. Sila awasi!

1. Jangkitan kulat
Jangkitan kulat yang sinonim dengan pesakit kencing manis wanita adalah Candida albicans. Ia penyebab kepada masalah keputihan yang sering dialami wanita.

Jangkitan kulat lain juga boleh berlaku pada bahagian badan lain seperti ulser pada mulut, celah jari kaki mahu pun kuku.

2. Jangkitan salur kencing
Sakit ketika hendak buang air kecil disertai rasa panas adalah antara yang dirasai oleh wanita yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing.

Salah satu punca jangkitan ini adalah kesan dari kadar glukosa tubuh yang tidak teratur.  

3. PCOS
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), masalah kesihatan wanita yang terjadi akibat gangguan keseimbangan hormon. Ia boleh menjadi indikasi kepada penyakit diabetes.

Kebanyakan pesakit ini turut menghadapi masalah berat badan yang seringkali dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

4. Disfungsi seksual
Tidak bernafsu untuk melayan suami sejak akhir- akhir ini? Salah satu gejala kencing manis manis adalah penurunan nafsu atau ghairah untuk seks. 

5. Sering lapar dan haus
Kadar gula darah yang tinggi boleh menyebabkan anda lebih cepat rasa lapar dan haus. Jika anda berasa perkara ini dalam tempoh yang lama sila dapatkan pemeriksaan doktor.

6. Kerap buang air kecil
Tanda biasa pesakit diabetes yang dialami wanita dan juga lelaki adalah kerap buang air kecil.

7. Penyakit kulit
Sering mengalami penyakit kulit termasuklah gatal-gatal selain berasa kebas pada bahagian tangan dan kaki. Pesakit kencing manis memang kerap berdepan masalah penyakit kulit.

8. Berat badan turun
Walaupun kerap makan tapi wanita yang mengalami penyakit kencing manis akan tetap mengalami penurunan berat badan. Ada juga yang turut mengalami penambahan berat badan.

9. Mudah penat
Penyakit kencing manis juga menyebabkan anda mudah penat walau pun tidak melakukan kerja berat, pandangan kabur dan rasa mual. Awas jika situasi ini sering anda rasai.

10. Luka lambat sembuh
Satu keluhan yang biasa didengar dari pesakit kencing manis adalah luka yang dialami akan mengambil masa untuk sembuh. Jika ini berlaku pada anda setiap kali luka, sila dapatkan pemeriksaan. 

Dapatkan pemeriksaan jika kebanyakan simptom di atas sudah anda alami untuk kepastian tentang penyakit ini.

Sumber : vanillakismis


#Infokini di 10 Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis Pada Wanita Yang Patut Anda Tahu

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.