Siaran Akhbar "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia" Adalah Palsu - Polis merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Siaran Akhbar "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia" Adalah Palsu - Polis.
KUALA LUMPUR 29 Julai - PDRM hari ini menafikan bahawa pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia (Op Cantas 2016)".
KUALA LUMPUR 29 Julai - PDRM hari ini menafikan bahawa pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia (Op Cantas 2016)".
Supt. Komunikasi Korporat Urus Setia, Ketua Polis Negara, PDRM Supt. N Venugopal berkata siaran akbar yang kononnya dikeluarkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad itu, adalah palsu.
"PDRM tidak pernah membuat sebarang makluman umum mengenai senarai sasaran mana-mana operasi yang hendak dijalankan.
"Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas dilakukan oleh pihak yang cuba menimbulkan kegelisahan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Venugopal menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat daripada sumber yang meragukan.
Sumber : Utusan Online
#Panas di Siaran Akhbar "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia" Adalah Palsu - Polis
EmoticonEmoticon