Ramai Wanita Bersedia Nak Jadi Isteri, Tapi Tak Bersedia Nak Jadi Menantu.

01:15
Ramai Wanita Bersedia Nak Jadi Isteri, Tapi Tak Bersedia Nak Jadi Menantu. merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ramai Wanita Bersedia Nak Jadi Isteri, Tapi Tak Bersedia Nak Jadi Menantu..

Ramai yang bersedia nak jadi isteri, tapi tak bersedia nak jadi menantu.

Aku pernah cakap dalam satu status 2/3 bulan lepas;

Bila kau kahwin, kau bukan kahwin dengan lelaki  itu saja, kau juga kena 'kahwin' sekali dengan ahli keluarga.

Ok, ni 10 panduan buat para menantu perempuan yang pulang berhari raya di kampung suami.

Pertama;
Benda basic, belikan buah tangan. Sebaiknya benda berupa pakaian. Kain, baju, atau tudung. Kalau kau beli untuk mak kau yang itu, kau beli jugak lah untuk mertua kau yang itu juga.

Kedua;
Tak kira lah kau pandai masak ataupun skill ko cuma biasa biasa, untuk awal awal kau ambil satu spot kat dapur. Paling baik incharge job memotong dan menyiang. Kalau kau terer masak sekali pun, kau jangan dulu take up peranan penting tu. Biar mak mertua kau hendel hal masak menu utama. Kena ingat, tu rumah dia, dia dah berpuluh tahun masak untuk hari raya, jadi kau jangan kacau air tangan masakan mak mertua tu. Dok je sebelah buat kerja potong sayur siang ikan.

Ketiga;
Untuk menantu bertudung. Balik kampung ni takkan lah kau nak usung aircond kondo kau sekali pasang kat bilik ye tak? Jadi benda panas, berkuap, kipas tak kuat, kena tidor ruang tamu atas toto, tak selesa, rambut busuk apa semua ni kau kena expect dan kau kena rileks. Biasa lah bila kumpul adik beradik ramai ramai, kena lah berpayah. Kalau asyik merungut nak selesa macam duduk kat rumah sendiri, elok kau jangan balik.

Keempat;
Mahirkan sikit hal hal busana muslimah. Benda ni berguna bila kau berborak dengan adik ipar, kakak ipar dan anak saudara remaja. Jangan semua benda ambil mudah, nanti orang bercerita pasal butik MCC, Calaqisya, trend bunga dokoh, tudung double loop apa semua tu kau nganga. Bila kau ambil tahu, senang nak berborak, masuk klik.

Kelima;
Masa hari raya, seeloknya incaj satu job yang mudah tapi sentiasa diperlukan. Contoh paling senang bancuh air dan top up bekas kuih raya. Pendek kata, kau fokus yang tu je indirectly kau dah ada satu job yang simple yet consistent. Contoh lain kau boleh kontrol sinki basuh pinggan mangkuk. Yang ni pun ok, cuma pergerakan kau terbatas lah.
Bottom line, dapatkan satu job tetap sepanjang hari raya tu.

Keenam;
Bangun awal dan terus ke dapur teman mak mertua. Ni terguna pakai pada hari raya ke dua onwards. Ingat, tak perlu pun nak sediakan sarapan pagi semua tu, kau cuma bancuh air panas, bila dah siap suruh laki kau turun dapur sarapan.

Ketujuh;
Bila kau buat satu plan melibatkan laki kau, tiba tiba laki kau bgtau yang mak dia pun ada plan lain melibatkan dia, kau kena menangkan mak mertua kau. Contoh mudah nak faham, laki kau dah janji nak bawak ko ke A, tiba tiba mak mertua kau ajak pergi B, kau beralah lah. Sebab utama, tu je masa masa mak mertua kau ada dengan anak lelaki dia, jadi bagi priority kat dia. Kau jangan tarik muka, kalau tarik muka 2 benda akan jadi:

1. Laki kau jadi serba salah

2. Mak mertua kau tahu ada somebody tak bersetuju.

Mak ni, dia tengok sekali air muka anak dia dah tahu kalau ada benda yang tak kena.

Paling selamat, in case ada small conflict macam tu, menangkan laki dan mak mertua kau. Jangan tarik muka, tu pun penting. Berhati hati.

Cara kau nak faham benda ni mudah, kau bayangkan bila kau dah jadi ibu tua nanti. Kau letakkan situasi sekarang, kau pun akan harap anak kau teman kau dan pentingkan kau masa hari raya.

Kelapan;
Jangan ada sebarang pakatan dengan siapa siapa pun kalau ada benda yang buat kau semak. Trust no one except laki kau. Ambil jalan tak berpihak. Kalau ada sorang menantu lain suka mengelat, kau jangan mulakan komplen. Biar lah biras lain nak komplen, tapi bukan kau.

  1. Isteri Seorang Diri Menderita Kanser Tahap 4, Suami Datang Hospital Bawa Surat Cerai.
  2. Isteri Minta Cerai Kerana Suami Enggan Balik Kampung Isteri Sambut Raya.
  3. “Akhirnya Depan Adik-Beradik Aku Lafaz Cerai Pada Dia…”
Kesembilan;
Banyak bagi perhatian kat mak mertua kau. Tengok bila dia solo buat apa apa kerja, kau pergi lah berborak. Tak perlu tolong pun, just berborak sembang sembang.

Kesepuluh;
Sentiasa menangkan anak ipar duai kau. Kalau anak anak main sama sama, ada rebut rebut barang, kau masuk campur dan menangkan anak orang lain. Ipad tab suruh anak kau kongsi, atau bagi pinjam ke sepupu dia. Tunjukkan sikit toleransi tu. Pasangkan Didi and Friends suruh tengok sama sama.
Berita Premium
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Ramai Wanita Bersedia Nak Jadi Isteri, Tapi Tak Bersedia Nak Jadi Menantu.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.