Pelajar Mengaku Lakukan Seks Sejak Usia 12 tahun, Setelah Keluarga Menbuat Laporan Polis

17:47
Pelajar Mengaku Lakukan Seks Sejak Usia 12 tahun, Setelah Keluarga Menbuat Laporan Polis merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pelajar Mengaku Lakukan Seks Sejak Usia 12 tahun, Setelah Keluarga Menbuat Laporan Polis.

JEMPOL - Seorang pelajar sekolah tingkatan dua di sini mengaku dia pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki berbeza sejak berusia 12 tahun.

Gadis itu membuat pengakuan berkenaan berikutan satu laporan kes rogol membabitkan dirinya dibuat oleh ahli keluarganya di Balai Polis Rompin petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, ahli keluarga pelajar sekolah itu membuat laporan polis mengesyaki dia dirogol berikutan tindakan gadis berkenaan keluar rumah dengan seorang seorang lelaki awal pagi kelmarin.

"Dalam laporan itu, nenek mangsa yang berusia 61 tahun memberitahu dia menyedari cucunya tiada dalam bilik tidur kira-kira pukul 6 pagi semalam.
"Sekitar pukul 7 pagi, wanita itu menemui cucunya bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya di tepi jalan berhampiran rumah mereka.

"Cucunya mengaku keluar bersama lelaki tersebut. Wanita itu memaksa cucunya menceritakan kejadian sebenar lalu membuat laporan polis kerana mengesyaki cucunya telah dirogol," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Kosmo Online
loading...
wartawan jalanan

Share this

Related Posts

#Panas di Pelajar Mengaku Lakukan Seks Sejak Usia 12 tahun, Setelah Keluarga Menbuat Laporan Polis

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.