Sebelum ini ada berita yang menyatakan bahawa permainan yang bakal menjadi kegilaan ramai akan 'menemui' rakyat Malaysia hari ini, namun harapan itu musnah apabila disahkan Pokemon Go sebenarnya tidak akan memasuki negara Asia Tenggara lagi, lapor NST.
Menurut Wakil-wakil dari Niantic yang membangunkan Pokemon Go melalui media rasmi mereka, fortyseven.com apabila ditanya oleh IGN Asia mengenai perlancaran permainan ini di wilayah baru terutamanya Asia Tenggara, mereka menyangkal berita berkenaan.
Ini kerana pihak Niantic belum mempunyai tarikh rasmi untuk memperkenalkan permainan tersebut kepada negara lain.
Sehingga kini permainan itu telah diperkenalkan di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan Jerman pada Android dan iOS sejak 6 Julai lalu.
"Cerita tentang Pokemon Go yang akan diperkenalkan ke beberapa buah engara adalah khabar angin," kata mereka.
Sebelum ini, kahbar angin mengatakan permainan berkenaan akan dilancarkan di rantau SEA dalam masa 48 jam iaitu hari ini.
Bagi peminat Pokemon Go jika anda ingin mendapat notifikasi mengenai perlancaran Pokemon Go di Malaysia atau negara-negara anda, boleh dapatkannya di sini, Is Pokemon Go Available Yet?. - Siakapkeli.my
#Panas di Maaf Rakyat Malaysia, Pokemon Masih Tidak Dapat 'Go' Di Malaysia
EmoticonEmoticon