Lelaki Cekik Wanita Sampai Mati Kerana Berang Dihina Lemah Batin

22:59
Lelaki Cekik Wanita Sampai Mati Kerana Berang Dihina Lemah Batin merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lelaki Cekik Wanita Sampai Mati Kerana Berang Dihina Lemah Batin.
Tindakan suspek dirakam CCTV

Jakarta: Hanya disebabkan berang dihina kerana tenaga batinnya yang lemah, seorang lelaki bertindak membunuh seorang wanita sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam tong dan mencampakkannya.

Mayat wanita berusia 23 tahun itu, Farah Nikmah Ridhallah, ditemui dalam keadaan yang sudah membusuk di dalam sebuah tong plastik berhampiran dengan plaza tol Pantai Indah Kapuk di Jakarta Utara pada Selasa lalu.

Susulan penemuan itu, polis menahan seorang ahli perniagaan, Calvin Soepargo, 42, kerana disyakit menjadi individu terakhir yang ditemui mangsa.

Menurut jurucakap polis, Awi Setiyono, Calvin mengaku membunuh Farah selepas dihina kerana lemah tenaga batin.

Tambahnya lagi, Calvin berkata, dia bertemu Farah di sebuah apartmen di sini pada malam Jumaat lalu dan melakukan hubungan intim.

Esoknya, dia mengajak Farah melakukan perkara yang sama sekali lagi tetapi ditolak oleh wanita berkenaan yang berkata : "Kamu keluarnya cepat, mengapa mahu teruskan lagi".

Kata-kata Farah itu menyebabkan Calvin marah dan dia terus memukul mangsa sebelum mencekik wanita itu hingga mati.

“Kerana panik, Calvin mengambil satu tong plastik dan menyumbat mayat mangsa di dalamnya sebelum dibuang,” jelasnya.

Menurutnya, Calvin kini ditahan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.

Sumber : Harian Metro

Farah
#Panas di Lelaki Cekik Wanita Sampai Mati Kerana Berang Dihina Lemah Batin

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.