HARI MALANG ANWAR : Mahkamah Tolak Permohonan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri HARI MALANG ANWAR : Mahkamah Tolak Permohonan.
Nampaknya hari ini merupakan hari malang buat Anwar dan keluarganya. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya bagi kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyennya bagi pengampunan diraja atas sabitan meliwat.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang membuat keputusan itu di dalam kamar, juga menolak permohonan Anwar untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan berhubung proses yang diambil dalam keputusan Lembaga Pengampunan.
Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu pemberita hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan ketiga-tiga responden, iaitu Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia terhadap permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman itu.
Pada 24 Jun tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuan mereka, Nurul Izzah serta Nurul Nuha memfailkan permohonan dengan menamakan Lembaga Pengampunan, peguam negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Dalam permohonan itu, mereka memohon perintah untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac 2015, dan mendesaknya menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar, 69.
Mereka juga memohon perintah mandamus bagi mendesak Lembaga Pengampunan mengadakan semula mesyuarat dan menimbangkan semua perkara berkaitan petisyen bagi pengampunan diraja yang dikemukakan ahli keluarga Anwar dan memberi nasihat bersesuaian kepada Yang di-Pertuan Agong.
Anwar, dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, mendakwa keputusan Lembaga Pengampunan dicapai secara melanggar peraturan keadilan asasi dan oleh itu tidak sah.
Anwar mendakwa bahawa keputusan Lembaga itu tidak pernah disampaikan secara bertulis kepadanya atau ahli keluarganya yang mengemukakan petisyen tersebut.
Beliau mendakwa keputusan itu juga tercemar dan mempunyai kecacatan kerana peguam negara ketika itu adalah pihak berkepentingan yang menaruh perasaan kebencian berlarutan terhadapnya.
Anwar berkata peguam negara berbincang pada mesyuarat dengan lembaga pada 16 Mac tahun lepas dan ini disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
#Panas di HARI MALANG ANWAR : Mahkamah Tolak Permohonan
EmoticonEmoticon