KEJUTAN PAKATAN : Muhyiddin Bakal Ganti Wan Azizah? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri KEJUTAN PAKATAN : Muhyiddin Bakal Ganti Wan Azizah?.
Cakap-cakap kedai kopi semakin rancak membincangkan kemelut kepimpunan di dalam Pakatan Harapan. Keputusan PAS tidak menyertai gabungan itu serta "kelemahan" Parti Amanah Negara (PAN) menarik sokongan Melayu antara punca idea supaya Muhyiddin Yassin dibawa ke dalam gabungan tersebut.
Menyentuh isu tersebut walaubagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak cakap-cakap kononnya bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengambil alih peranan sebagai ketua pembangkang.
Ini kerana, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayob berkata gabungan pakatan itu berpuas hati dengan ketua pembangkang sedia ada iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Semua parti gembira dengan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke memberi sokongan yang sama, berkata:”Bagi pihak DAP, saya mahu menyatakan keyakinan penuh terhadap Dr Wan Azizah untuk terus mengetuai pembangkang.”
Cakap-cakap mengenai Muhyiddin akan menggantikan Wan Azizah timbul apabila Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Mazlan Aliman dilaporkan berkata parti itu merancang untuk mencadangkan supaya bekas ahli Umno itu menjadi ketua pakatan pembangkang.
Menjawab perkara itu, Salahuddin berkata parti itu sudah pun memberi penjelasan yang kenyataan Mazlan diambil di luar konteks.
Bagaimanapun, katanya pintu PH sentiasa terbuka untuk Muhyiddin serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Mengenai jawatan yang mungkin diberikan kepada mereka, Salahuddin berkata ia masih belum diputuskan lagi.
Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno bulan lalu, susulan serangan berterusan mereka terhadap parti Melayu berkenaan dan presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Shafie pula meletak jawatan selepas Majlis Tertinggi Umno sebulat suara memutuskan untuk menggantung keahliannya.
Wan Azizah, yang turut hadir pada sidang akhbar petang ini berkata PH sedia bekerjasama dengan sesiapa yang berkongsi matlamat sama untuk menggulingkan kerajaan BN.
Ini termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Saksama (Saksama), pakatan tujuh parti pembangkang.
“Kita terbuka kepada sesiapa dan mana-mana pergerakan yang bermatlamat untuk menggulingkan kerajaan drakonian.”
Bagaimanapun, sesiapa berhasrat untuk bekerjasama dengan pakatan itu perlu sedar ia memiliki agenda asas tersendiri yang perlu dipersetujui, katanya.
Untuk rekod, Anwar lebih "berkuasa" dan berpengaruh daripada Muhyiddin berbanding andainya Mahathir yang diangkat untuk memimpin Pakatan. Dalam politik segala-galanya berkemungkinan.
#Panas di KEJUTAN PAKATAN : Muhyiddin Bakal Ganti Wan Azizah?
EmoticonEmoticon