Universiti Malaysia Terengganu Jadi Tuan Rumah Untuk Asean Youth Carnival 2016

23:18
Universiti Malaysia Terengganu Jadi Tuan Rumah Untuk Asean Youth Carnival 2016 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Universiti Malaysia Terengganu Jadi Tuan Rumah Untuk Asean Youth Carnival 2016.

Pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin iaitu Menteri Luar Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand duduk bersama-sama di dalam dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar Negara di Bangkok, Thailand untuk mementerai satu dokumen persetujuan yang akan membawa kebaikan kepada negara-negara serantau.

Menerusi dokumen itu, maka lahirlah Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Lima Menteri-menteri Luar ketika itu yang menandatanganinya adalah Adam Malik dari Indonesia, Narciso R. Ramos dari Filipina, Tun Abdul Razak dari Malaysia, S. Rajaratnam dari Singapura, dan Thanat Khoman dari Thailand.

Mereka boleh dianggap sebagai Bapa Pengasas ASEAN kerana paling berjaya menyatukan negara-negara Asia Tenggara menjadi satu organisasi yang besar dalam usaha membantu antara satu sama lain bagi mencapai status Negara Membangun. Dokumen perjanjian ini dikenali sebagai Deklarasi ASEAN.

Universiti Malaysia Terengganu menjadi tuan rumah untuk Asean Youth Carnival 2016 yang berlangsung selama 2 hari dimana hari perasmian program tersebut telah dilancarkan pada 10 November baru-baru ini dan majlis penutupannya pula pada 11 November 2016.

Perasmian Asean Youth Carnival 2016 telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT iaitu Prof Dato’ Dr.Nor Aieni binti Haji Mokhtar di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.

Di Asean Youth Carnival 2016 ini terdapat pelbagai persembahan budaya termasuklah sesi memperagakan setiap pakaian-pakaian kebangsaan negara-negara ASEAN. Selain itu, program ilmiah seperti forum, pameran, kuiz dan sesi soal jawab bersama pelajar turut diadakan.

Penganjuran itu turut memberi peluang kepada masyarakat setempat terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan maklumat berhubung sejarah penubuhan Asean selain kepentingan penubuhan itu di rantau ini dan perkembangan terkini Asean terutamanya berkaitan politik, ekonomi, sosial budaya dan peranan kepada keselamatan dan kemakmuran rantau Asean.

Keratan akhbar:

mendapat liputan dari Utusan Malaysia

#Panas di Universiti Malaysia Terengganu Jadi Tuan Rumah Untuk Asean Youth Carnival 2016

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.