Ramai kawan2 lelaki kita suka permainan bola sepak.Futsal sampai ke pagi dan tengok bola sampai tak ingat dunia. Disebabkan minat yang tak berbelah bagi tu apa kata kita bina sendiri formasi taktikal kewangan kita sendiri. Macam coach la sikit.
Kena ada income melalui makan gaji atau perniagaan dan mestilah dilindungi oleh takaful. Ramai kawan korang ejen takaful kan? Pergi tanya mereka.GK ni kejenya jaga gawang je jangan bolos. Nak score kau tunggu penalti.
Pertahanan (DF)
Simpanan/Pelaburan – Low risk and consistent return macam ASB1 (7.xx%) , ASB 2 (7.xx%), Tabung Haji (5-6%). Kalau bijak leverage tinggi la return dia.Jarang defense ni boleh score goal.Paling penting DF ni boleh tolong GK.Apa pun kena la jugak supply bola kat midfielder. Nak score kan?
Pemain tengah (MF)
Ada risiko sikit dan moderate return macam Unit trust, Property, Komoditi macam emas dan perak. MF ni ada keupayaan tinggi nak score berbanding dengan DF.Biasanya MF ni playmaker yang baik dan ambil freekick yang cantik dan tentulah kena supply bola kat Striker untuk score.
Penyerang (FWD)
High risk , high return.Biasanya kena ada capital/holding power lebih sikit dan risiko diminimumkan dengan ilmu dan pengalaman. Striker ni mudah la nak score. Tinggal masuk ke tak je? Kadang2 depan gol pun tak masuk sepak melangit terkena palang la.Biasa kalau Right place Right time mesti score punya la.
Binalah defend dulu buat permulaan, apa lah guna nya score 3 goal tapi bolos 4 goal (macam aku je).
Amacam ada rasa macam main PES tak?
P/S : Formasi adalah fantasi penulis yang bukan sifu hanya sekadar berkongsi.
EmoticonEmoticon