"Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic

22:22
"Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic.

PARIS: Bintang Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovic mengesahkan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

"Perlawanan terakhir saya esok di Parc des Princes. Saya tiba seperti seorang raja, saya tinggalkan seperti seorang legenda," kata Ibrahomovic menerusi akaun Twitternya.

Ibrahimovic akan membuat penampilan terakhirnya bersama kelab itu pada perlawanan Ligue 1 terakhir musim ini menentang Nantes pada awal pagi Ahad.

Bagaimanapun dia akan menyarung jersi PSG sekali lagi dalam final Piala Perancis menentang Marseille pada 21 Mei ini di Stade de France.

"Selepas berbincang antara PSG dan ejen Zlatan Ibrahimovic, kelab dan pemain memutuskan bersama untuk tidak membaharui kontraknya

"Mereka juga bersetuju apabila kariernya sebagai pemain berakhir, Ibra akan menyertai pengurusan kelab dalam kedudukan pengurusan.", kata PSG sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my

#Panas di "Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.