Lebih 80 Pelajar Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Lembaga Hitam

15:38
Lebih 80 Pelajar Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Lembaga Hitam merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lebih 80 Pelajar Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Lembaga Hitam.

TARAPOTO, Peru – Berpuluh-puluh pelajar di sebuah sekolah di sini diserang histeria setelah mereka mendakwa satu lembaga lelaki hitam cuba membunuh mereka dalam kejadian yang berlaku di sini baru-baru ini.

Rakaman video kejadian menunjukkan kira-kira 80 pelajar menggigil, menjerit dan pengsan di Sekolah Elsa Pera Flores di utara Peru.

Kosmo! melaporkan, sekolah itu difahamkan dibina atas tanah perkuburan besar-besaran anggota kumpulan mafia.

Pelajar-pelajar berumur antara 11 hingga 14 tahun itu dilaporkan pengsan dan mengalami sawan.


Kejadian kali pertama dilaporkan pada April lalu.

Kami tidak tahu bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Ianya bermula pada 29 April lalu dan masih berlaku sehingga sekarang. Kini, hampir 80 pelajar masih mengalami kejadian itu,” kata Dr. Antony Choy yang merawat pelajar berkenaan.

“Seorang lelaki tinggi, hitam dan berjanggut mengejar dan mencekik saya,” kata salah seorang pelajar yang namanya enggan didedahkan.

Penduduk sekitar berkata kejadian itu berpunca dari gangguan roh jahat secara 'besar-besaran' dan tidak menolak kemungkinan beberapa orang pelajar bermainan permainan menyembah syaitan seperti papa Ouija.

Selain itu, satu rakaman CCTV yang didakwa berlaku di sekolah berkenaan yang merekodkan kejadian aneh peralatan kebersihan dilihat bergerak dengan sendiri, lapor news.com.au/ - Siakapkeli.my

#Panas di Lebih 80 Pelajar Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Lembaga Hitam

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.