Kucing Diikat Mati Pada Tiang Lampu, Tinggalkan 4 Anak

21:10
Kucing Diikat Mati Pada Tiang Lampu, Tinggalkan 4 Anak merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kucing Diikat Mati Pada Tiang Lampu, Tinggalkan 4 Anak.

KLANG, 12 Mei - Beberapa keping gambar yang memaparkan kucing mati diikat pada tiang menjadi viral di media sosial seterusnya mengundang perasaan marah netizen.

Gambar itu dimuat naik oleh Wong Che Wey, 32, di Facebook selepas dia terlihat bangkai haiwan itu di tiang lampu ketika dalam perjalanan ke rumah.

Beliau berkata, dia ternampak bangkai tersebut dengan kaki hadapan diikat pada tiang lampu berhampiran rumahnya pada 6.30 petang Rabu.

Beliau terkejut dengan penemuan tersebut kerana tidak pernah menjangka tindakan kejam itu akan berlaku di kejiranan yang aman dan tenteram.

“Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun. Ini kali pertama saya lihat kekejaman sedemikian,” katanya kepada portal FMT.

Katanya juga, proses untuk mengesan pelaku menerusi CCTV kini sedang dijalankan oleh jiran-jiran.

Tambah beliau lagi, kucing malang itu telah melahirkan empat ekor anak kucing yang kini dijaga seorang jirannya yang sudah berusia.

Che Wey telah mengebumikan bangkai kucing tersebut.  - Siakapkeli.my




#Panas di Kucing Diikat Mati Pada Tiang Lampu, Tinggalkan 4 Anak

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.