Jutawan Malu Tersilap Dukung Budak, Rupa-Rupanya Sudah Berusia 46 Tahun

10:58
Jutawan Malu Tersilap Dukung Budak, Rupa-Rupanya Sudah Berusia 46 Tahun merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jutawan Malu Tersilap Dukung Budak, Rupa-Rupanya Sudah Berusia 46 Tahun.


HANOI – Jutawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi saat-saat memalukan apabila mendukung seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkakan seorang kanak-kanak.

Kejadian itu terjadi ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam persidangan usahawan yang dihadiri oleh 3,000 orang di Vietnam.

Portal Dailymail.co.uk melaporkan, secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga.

Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung ‘kanak-kanak’ itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.

Mone yang digelar ‘Baroness Mone of Mayfair’ hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: “Letakkan lelaki itu. Saya isterinya.

Ketika saya mendukung ‘kanak-kanak’ itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok,” kata Mone.

Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.

Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya : “Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya.

"Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa.” - Siakapkeli.my

#Panas di Jutawan Malu Tersilap Dukung Budak, Rupa-Rupanya Sudah Berusia 46 Tahun

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.