Bagi yang tengok video PewDiePie semalam, pasti tertanya-tanya siapa mamat berjambang ni? Mamat berjambang itulah bintang Youtube paling mahal bayarannya setakat ini. Saya memang salah seorang Bro Army sejak setahun yang lalu. Ya, beliau namakan peminatnya sebagai Bro Army.
PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Arvid Ulf Kjellberg dilahirkan di Gothenburg, Sweden. Beliau adalah pelajar di Universiti Chalmers di Sweden dalam jurusan Pengurusan Teknologi. Pada tahun 2010, beliau mula membuka akaun YouTube beliau dengan nama PewDiePie. Pada awalnya, channel PewDiePie itu hanyalah untuk suka-suka sahaja tetapi setahun selepas beliau membuka akaun PewDiePie, beliau nekad untuk berhenti belajar untuk terus fokus membina channel PewDiePie.
Ibubapa Felix kecewa dengan keputusannya itu. Tanpa sebarang sokongan dari keluarga, Felix mula bekerja menjual hot dog di tepi jalan untuk mengumpul dana membuat video terbaru beliau. Pertaruhannya berhasil apabila pada tahun 2012, channel Youtube beliau sudah mempunyai 1 juta subscribers. Di bawah ini adalah video pertama yang dimuat naik Felix untuk channel PewDiePie. Beliau bermula dengan membuat review permainan video sebelum mula membuat video yang lain.
Sejak 15 Ogos 2013, channel PewDiePie adalah channel paling banyak subscribers di Youtube. Pengikut beliau di Youtube sekarang ini adalah sebanyak 44 juta ! Memang banyak untuk seorang individu biasa yang bukannya artis atau public figure. Artis antarabangsa seperti Rihanna (20 juta) , Lady Gaga (6.8 juta) dan Justin Bieber (22 juta) tidak dapat menandingi bilangan subscribers PewDiePie.
Channel PewDiePie adalah channel pertama yang mendapat gabungan tontonan video mencecah 10 billion views. Majalah TIME turut menyenaraikan PewDiePie sebagai salah seorang 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia. Awesome bro!
Dengan bilangan pengikut seramai 44 juta, berapa yang beliau dapat dengan membuat video lucu ini? Untuk tahun 2014, PewDiePie membuat $7.4 million (lebih kurang RM30 juta). Pendapatan beliau ini adalah dari bayaran iklan dari Youtube dan juga direct sponsorship yang beliau terima. Sebagai perbandingan dengan bayaran yang diterima bintang Hollywood pada tahun yang sama, Kristen Stewart dan Anne Hathaway mendapat jumlah pendapat seperti PewDiePie, Cameron Diaz (USD11 juta) dan Gwyneth Paltrow(USD9 juta).
Jadi ada tak perkara baik yang beliau buat setelah menjadi terkenal? Ya, beliau adalah seorang yang aktif dalam kerja-kerja sukarelawan antaranya untuk WWF dan St. Jude’s Children Hospital. Ketika beliau mendapat 10 juta pengikut, beliau melancarkan kempen Charity Water, di mana beliau berjaya berjaya mengumpul USD250 ribu untuk kempen itu. Awesome bro!
Beliau juga sangat humble walaupun sudah bergelar jutawan. Ada yang jealous dengan kejayaan PewDiePie kerana membuat duit hanya dengan membuat video di Youtube. Tapi itulah kejayaan dari pengorbanan yang dibuat Felix. Sekarang ianya membuahkan hasil. Lihat video di bawah PewDiePie menjawab persoalan yang dilemparkan oleh peminatnya.
Jadi siapa kata kalau anda jadi diri anda, anda tidak akan berjaya? PewDiePie adalah contoh individu yang tahu apa yang beliau mahu buat tentang hidupnya. Beliau kini gembira di samping teman wanitanya, Marzia yang juga aktif di Youtube dengan channel CutiePieMarzia. Jadi kalau anda bosan dan mahu tengok seorang lelaki yang random buat video yang lucu, jangan lupa subscribe channel PewDiePie. Welcome to the Bro Army, Bro!
#Panas di Jejaka Di Sebalik Nama ‘PewDiePie’ Yang Mempunyai Pengikut Lebih 44 Juta Di Youtube
EmoticonEmoticon