Ini Sebab Mengapa Saya Kata Pasukan Turki Bakal Menjuarai EURO 2016

08:12
Ini Sebab Mengapa Saya Kata Pasukan Turki Bakal Menjuarai EURO 2016 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ini Sebab Mengapa Saya Kata Pasukan Turki Bakal Menjuarai EURO 2016.

Tidak ramai yang memberi harapan kepada Turki untuk layak ke Euro 2016, apatah lagi untuk bermain cemerlang dalam kejohanan terbesar Eropah ini. Permulaan yang buruk pada pusingan awal kelayakan Euro menyebabkan ramai peminat bola sepak dunia beranggapan pasukan Turki akan gagal sekali lagi untuk melayakkan pasukan mereka ke Euro 2016.

Tetapi suatu keajaiban telah berlaku pada 4 perlawanan terakhir mereka dimana mereka telah memenangi 3 perlawanan secara berturut-turut dan seri 1 perlawanan bagi merebut tempat ke-3 yang membolehkan mereka layak secara automatik dibelakang Republik Czech dan naib juara kumpulan iaitu Iceland.

Pasukan Turki seringkali dipandang remeh dan tidak mampu untuk melangkah jauh, tetapi sebenarnya mereka adalah kuda hitam yang berbahaya yang mempunyai semangat juang yang tinggi didalam pasukan. Pasukan Turki juga dikatakan memiliki kumpulan umur yang seimbang diantara pemain muda dan pemain senior.

Mereka mempunyai sejarah kelayakan yang agak menyedihkan kerana mereka gagal melayakkan diri ke mana-mana kejohanan antarabangsa di peringkat Eropah mahupun Dunia sejak tahun 2008 walaupun ketika dalam tempoh itu mereka mempunyai ramai pemain-pemain yang sangat berbakat, namun mereka masih gagal.

Rakyat Turki sentiasa berharap agar pasukan bola sepak Turki akan kembali menemui rentak persembahan mereka yang sangat mantap dan tajam seperti di Piala Dunia 2002 Korea/Japan dan Euro 2008.

Pada Piala Dunia 2002, Turki telah beraksi diluar jangkaan yang berpunca dari kepercayaan dan sorakan sokongan padu peminat terhadap Turki. Namun, perjalanan pasukan Turki terhenti diseparuh akhir apabila mereka tewas 0-1 kepada Brazil.

Di sebalik kekalahan itu, mereka masih mampu pulang dengan rasa gembira dan bangga kerana berjaya meraih kemenangan 3-2 keatas Korea Selatan bagi merebut tempat ke-3. Bagi penyokong Turki, Piala Dunia adalah titik perubahan yang terbesar didalam kemajuan bola sepak Turki.

Kepercayaan dan keyakinan diatas kejayaan Turki di Piala Dunia 2002 telah terbawa-bawa sehingga ke generasi baru Turki. Pemain muda berbakat besar ketika itu, Arda turan yang berusia 21 tahun telah berjaya membawa pasukannya ke peringkat Antarabangsa selepas 6 tahun menyepi dari kejohanan peringkat Antarabangsa.

Namun, perlawanan pembukaan mereka di Euro 2008 agak mengecewakan apabila mereka tewas 0-2 kepada Portugal. Pasukan yang dipimpin oleh Fatih Terim ini tetap tidak berputus asa untuk melakarkan kemenangan demi kemenangan dimana mereka telah membuktikan dengan kemenangan mereka keatas Switzerland dan Republik Czech.

Kemenangan mereka adalah sangat dramatik dengan menterbalikkan keputusan perlawanan dari ambang kekalahan kepada kemenangan yang menyaksikan mereka menjaringkan gol disaat-saat akhir perlawanan yang membolehkan mereka layak ke peringkat kalah mati Euro 2008.

Satu lagi gol lewat dari Turki datang pada minit ke 123 pada peringkat suku akhir sewaktu menentang Croatia dan mengheret mereka kepada sepakan penalti. Turki berjaya menewaskan Croatia dengan jaringan 3-1 untuk mara ke separuh akhir.

Walau bagaimanapun, perjuangan mereka sekali lagi terkandas di peringkat separuh akhir selepas mereka pula dikejutkan dengan jaringan gol kemenangan dari Phillipp Lahm pada minit terakhir perlawanan. Tetapi sekali lagi pasukan Turki pulang ke tanah air mereka sebagai wira yang telah mengharumkan semula maruah negara mereka selepas Piala Dunia 2002.

Berdasarkan statistik masa kini, pasukan kebangsaan muda ini yang telah terbukti penuh dengan semangat dan keinginan yang tinggi sewaktu mengharungi kempen kelayakan euro 2016 mampu memberikan sesesuatu pada pusingan akhir Euro 2016 nanti.

Kemahiran individu beberapa bintang didalam skuad dan ditambah pula dengan semangat pasukan yang tidak mudah putus asa dan tidak pernah berkata “tidak” dalam mencapai kemenangan.Kebanyakkan pemain mereka berpengkalan di Bundesliga German.

Dengan itu, tidak ada sebab bahawa pasukan Turki ini tidak boleh melangkah dengan lebih jauh lagi. Malah mereka lebih mampu untuk mencipta kejayaan yang lebih jauh dari pencapaian mereka pada Piala Dunia 2002 dan Euro 2008 yang lalu.

#Panas di Ini Sebab Mengapa Saya Kata Pasukan Turki Bakal Menjuarai EURO 2016

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.