(Gambar) Wanita Nekad Sekat Penunggang Motosikal Pentingkan Diri Sendiri Dari Guna Laluan Pejalan Kaki

18:06
(Gambar) Wanita Nekad Sekat Penunggang Motosikal Pentingkan Diri Sendiri Dari Guna Laluan Pejalan Kaki merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Gambar) Wanita Nekad Sekat Penunggang Motosikal Pentingkan Diri Sendiri Dari Guna Laluan Pejalan Kaki.

JAKARTA: Nama Alfini Lestari tiba-tiba menjadi sebutan ramai netizen Indonesia selepas ada sebuah page di sana telah memuatnaik beberapa keping gambarnya ke laman sosial Facebook.

Gambarnya menjadi popular kerana memaparkan keberaniannya yang menghalang puluhan buah motosikal dari menggunakan kawasan pejalan kaki di waktu puncak di jalan Jendral Sudirman, Jakarta.

Wanita berusia 32 tahun berkenaan tidak berganjak dari kedudukannya walau diugut akan dilanggar oleh pengguna motosikal yang memasuki lorong pejalan kaki berkenaan, ini kerana tindakan mereka menggunakan laluan berkenaan menyusahkan pejalan kaki yang melalui lorong itu.

"Saya buat tidak tahu saja melihat pengguna motosikal itu, mereka sudah mempunyai jalan sendiri tetapi masih mahu menggunakan laluan pejalan kaki," kata Alfini dipetik laporan Liputan 6.

Tindakan Alfini ini sudah berlaku sejak tiga minggu yang lalu di mana jika dia sempat memandangkan lokasi kerjanya tidak jauh dati situ, dia akan ke tempat berkenaan untuk menghalang pengguna motosikal menggunakannya. - Siakapkeli.my










#Panas di (Gambar) Wanita Nekad Sekat Penunggang Motosikal Pentingkan Diri Sendiri Dari Guna Laluan Pejalan Kaki

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.