Curi Telefon Di Low Yat, Remaja Dihukum Penjara Empat Bulan

17:25
Curi Telefon Di Low Yat, Remaja Dihukum Penjara Empat Bulan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Curi Telefon Di Low Yat, Remaja Dihukum Penjara Empat Bulan.
Kredit Gambar: FMT

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas seorang remaja yang merupakan penganggur selepas beliau didapati bersalah mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat, di Kuala Lumpur, tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor berkata  beliau tidak dapat mengabaikan "cara jenayah itu dilakukan" dan menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23.

"Saya mesti mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan itu, dia  turut mengaku bersalah terhadap tuduhan dadah dan kes serangan lain," kata Nur A'minahtul.

Nur A'minahtul berkata demikian ketika menolak permohonan daripada peguambela Shaharudin Ali, yang mewakili Shahrul Anuar supaya mahkamah memberinya bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau bagaimanapun telah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara empat bulan tetapi memerintahkan wang denda RM1,000 dibayar serta-merta.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne. - Siakapkeli.my

#Panas di Curi Telefon Di Low Yat, Remaja Dihukum Penjara Empat Bulan

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.