Penahanan Semula Suami Sudah Dijangka - Umie Aida

11:41
Penahanan Semula Suami Sudah Dijangka - Umie Aida merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Penahanan Semula Suami Sudah Dijangka - Umie Aida.


PETALING JAYA: Isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datin Umie Aida Rahmat sudah menjangkakan suaminya itu akan ditahan semula sejurus dibebaskan daripada tahanan reman.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



"Benar sungguh naluri ku... apa yang bakal terjadi. Abang telah dibebaskan dari akta 124C... tak sampai 5 minit abang ditahan semula untuk Akta 124K & 124L. Subhanallah... ?#?staystrong," tulis Umie di laman Facebook miliknya.

Malah, Umie turut memuat naik gambar suaminya ditemani peguam Matthias Chang.

Khairuddin ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) pada petang Rabu, hanya beberapa minit selepas dibebaskan daripada tahanan reman.

Peguamnya, Matthias Chang berkata, Khairuddin telah dibebaskan daripada tahanan reman di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 4 petang.

Bagaimanapun, bekas pemimpin Umno itu ditahan semula kerana kesalahan mengikut Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan iaitu berkaitan mensabotaj negara.

"Sebaik berjalan keluar dari mahkamah, Khairuddin ditahan semula dan kini dibawa ke Balai Polis Dang Wangi," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Mengikut Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu ditahan Jumaat dan direman enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.




ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas
#Panas di Penahanan Semula Suami Sudah Dijangka - Umie Aida

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.