'Cikgu, Ular Patuk Pergelangan Tangan Saya' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Cikgu, Ular Patuk Pergelangan Tangan Saya'.
JOHOR BAHRU, 5 Mei - Seorang murid tahun 1 di sebuah Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dia mendakwa dipatuk seekor ular di bahagian pergelangan tangan kanan.
JOHOR BAHRU, 5 Mei - Seorang murid tahun 1 di sebuah Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari, dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dia mendakwa dipatuk seekor ular di bahagian pergelangan tangan kanan.
Guru di sekolah tersebut, Mohd Ridhwan Othman berkata, kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa dan rakan baru sahaja keluar dari tandas sekolah tersebut kira-kira jam 1.40 petang.
Kata beliau, murid itu bergurau dengan rakannya di luar tandas sebelum terjatuh di kawasan lalang dan dipatuk seekor ular.
"Ketika kejadian pihak sekolah sedang menjalankan majlis bacaan yassin di dewan. Amsyar kemudiannya datang ke saya untuk meminta izin ke tandas bersama seorang rakannya.
"15 minit selepas itu, dia mengadu sakit di pergelangan tangan dan mendakwa telah dipatuk ular yang berada di sekitar kawasan lalang berhampiran tandas yang digunakan," katanya sebagaimana lapor Sinar Online. - Siakapkeli.my
EmoticonEmoticon