Bomba Minta Orang Ramai Henti Sebar Berita Palsu Pesawat Terhempas

23:12
Bomba Minta Orang Ramai Henti Sebar Berita Palsu Pesawat Terhempas merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bomba Minta Orang Ramai Henti Sebar Berita Palsu Pesawat Terhempas.


KUALA LUMPUR, 24 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menafikan satu berita palsu yang kononnya terdapat insiden pesawat terhempas di Perlis.

Menerusi akaun Twitternya, JBPM berkata gambar yang disebarnya bukan berlaku di Perlis tapi gambar insiden lain yang telah berlaku beberapa tahun lepas.

"Berita berkenaan pesawat terhempas di Perlis adalah palsu. Hentikannya sebarannya," kata akaun Twitter itu.

Gambar itu mula diviralkan oleh seorang pengguna Facebook pagi tadi yang berkata kononnya sebuah pesawat ringan terhempas di Felda Mata Air di Padang Besar.

BH Online melaporkan, melalui pemerhatian mereka, gambar itu adalah dari insiden sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings yang terhempas di Kudat,Sabah, tiga tahun lalu dan mengorbankan dua orang termasuk pembantu juruterbang. - Siakapkeli.my

#Panas di Bomba Minta Orang Ramai Henti Sebar Berita Palsu Pesawat Terhempas

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.