Bayi 5 Bulan Maut Tersedak Susu

20:36
Bayi 5 Bulan Maut Tersedak Susu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bayi 5 Bulan Maut Tersedak Susu.

Melaka, 5 Mei: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia di sebuah pusat jagaan di Ayer Keroh dipercayai akibat tersedak susu, tengah hari semalam.

Dalam kejadian yang berlaku dalam 1 tengah hari itu, bayi terbabit dikatakan telah dibawa kek Klinik Kesihatan Ayer Keroh oleh pemilik pusat tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber Harian Metro berkata, bayi itu dihantar ke pusat jagaan itu bersama abangnya, 3, oleh ibu mangsa kira-kira 7 pagi.

Katanya juga, bayi berkenaan dibawa ke klinik terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri dan badannya lembik.

Doktor juga dikatakan cuba berusaha memberi bantuan kecemasan kepadanya sebelum mengesahkan dia sudah meninggal.

Sementara itu, Ketua Polis negeri Datuk Ramli Din mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan selain kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

#Panas di Bayi 5 Bulan Maut Tersedak Susu

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.