8 Tip Buat Korang Yang Nak Cuba Bercuti Di Tasik Banding

10:31
8 Tip Buat Korang Yang Nak Cuba Bercuti Di Tasik Banding merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 8 Tip Buat Korang Yang Nak Cuba Bercuti Di Tasik Banding.

Memandangkan ramai yang bertanya bagaimana kami rancang sampai jadi percutian singkat ke Tasik Banding seramai 12 orang baru-baru ini, saya nak kongsikan 10 tips berikut untuk dijadikan panduan.

Semoga kami dapat memberikan info untuk anda.

1. Tempahan rumah bot

Kalau boleh, tempahlah seawal yang mungkin. Mungkin deposit RM500 diperlukan untuk tempahan. Bagi kami, kami memilih Sinaran Belum boathouse, setelah entah berapa banyak saya cuba call dan dapatkan info.

Sinaran Belum paling murah, senang dan friendly. Oh. Harga 2H1M untuk rumah bot Sinaran Belum adalah RM2300 tak termasuk permit. Permit ada banyak. Nanti saya jelaskan satu per satu.

2. Set betul-betul date

Tarikh tu paling penting. Sebab kebanyakan boathouse ni dah fully booked kalau cuti umum atau cuti sekolah. Nak selamat, ambil lah cuti hujung minggu biasa. Pergi hari sabtu dan balik ahad petang.

Tapi eloklah book awal-awal rumah bot tu. Nanti saya senaraikan contact number untuk rumah bot dekat Tasik Banding. Kami memilih 9-10 April lepas untuk weekend getaway.

3. Pergi beramai-ramai

Memandangkan harga sewa boathouse tu RM2300, eloklah cari seramai yang boleh. Rumah bot tu mampu memuatkan maximum 20 orang. So, makin ramai makin murah.

Kami pergi seramai 12 orang, jadi bayaran tak lah mahal sangat. Saya senaraikan bayaran penuh dengan permit:

Rumah bot – RM2300. Contact number: Azizi Boathouse (0194966072)

Permit seorang – RM15

Permit kamera – RM5 (satu kamera)

Permit memancing – RM5 (satu joran)

Kalau pandai deal dengan owner boathouse tu, confirm dapat murah punya. Lagi satu, owner boathouse tu sangat-sangat lah friendly. So korang tanya je apa yang korang nak, confirm dia akan balas.

tasik-banding-1

tasik-banding-4

tasik-banding-5

tasik-banding-8

tasik-banding-9

tasik-banding-10

4. Persediaan untuk rumah bot

i. Memancing

Memandangkan kami 12 orang, ada 3 je joran yang kami bawak. Untuk memancing, dinasihatkan bawak mata kail size 8-10 pun dah okay. Umpan anak keli, isi ayam atau kalau nak main casting, boleh bawak gewang.

Untuk kesenangan, korang boleh jugak call boathouse untuk suruh diorang sediakan anak keli. RM1 seekor. Beli 20 ekor pun dah puas dah mancing sebab kami bukan lah pemancing tegar. Tapi bergantung kepada keperluan anda dan kuantiti joran anda. Juga pastikan anda bincang awal-awal dengan rumah bot.

ii. Makanan

Kami bawak sekali chef yang hebat. Kawan-kawan je. Haha. Nak senang, cari sorang yang pandai masak. Suruh dia lead part masak-memasak. So, barangan yang korang kena bawa hanya beras, barang basah, dan barang untuk BBQ.

Peralatan memasak semuanya dah disediakan. Periuk, dapur, pinggan, pisau cakap je apa, semua dah disediakan. Kiranya rumah bot ni dah lengkap dengan semua kemudahan. Haaa lagi satu arang. Pastikan korang bawak arang dari KL tau. Ais untuk minum-minum boleh beli dekat kedai runcit dekat jeti tu.

5. Perjalanan

Okay. Kami convoy 3 kereta dari KL. Jumaat malam Sabtu kami gerak dari KL seawal pukul 1 pagi. Pastikan pemandu rehat secukupnya sebab perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam.

Sempat kami subuh di Grik, sebelum menuju ke jeti Tasik Banding. Sampai di jeti lebih kurang pukul 7 pagi, kami terus cari rumah bot. Rumah bot tu parking dekat je dengan jeti.

Jadi korang boleh lah sarapan di jeti tu terlebih dahulu. Oh. Dekat jeti tu ada orang jual makanan pagi. Nasi lemak, kuih-kuih dan minum-minum pun ada. Kedai runcit pun ada kalau korang terlupa nak beli barang-barang.

6. Minta tips daripada pekerja rumah bot

Lepas sarapan, saya terus pergi berjumpa dengan pekerja rumah bot tu, Epiy nama dia. Sangat peramah, baik dan banyak tips berguna untuk mancing dan tips untuk duduk dekat boathouse tu.

Pukul 8 pagi kami muat naik  barang ke dalam rumah bot. Rumah bot ni agak besar. 2 tingkat. Selesa sangat lah.

Dekat atas ada 4 bilik. Korang boleh lah bahagikan siapa nak duduk dalam bilik. Tapi kami semua tidur dekat luar beramai-ramai.

7. Kena register dengan pengawal

Perjalanan pertama pergi ke tempat untuk parking boat, then masa tu la Epiy tu akan keluar dengan speedboat dia untuk daftarkan korang punya trip kepada pengawal.

Dia akan terangkan bila masa korang boleh ambil gambar dan bila masa dilarang ambil gambar. Perjalanan ke tempat parking ni lebih kurang 2-3 jam.

Perjalanan sangat la best walaupun duduk atas bot je. Sangat tenang. Korang boleh duduk depan rumah bot. Rendam-rendam kaki sambil fefeeling. Haha.

Boat parked lebih kurang pukul 11 pagi. Kami pemancing ni dah siap-siap dah nak pergi mancing. Hahah. Memancing nanti diorang akan bawak pergi lubuk-lubuk toman dengan speedboat.

Yang tinggal dekat rumah bot boleh mandi-mandi tasik. Peringatan, tasik tu tersangat la dalam.

Jika nak terjun pastikan pakai life vest. Korang boleh la nak melompat dari tingkat 2 rumah bot ke dalam tasik pun lompat lah. Ahah. Sangat- sangat best.

8. Aktiviti

Memandangkan trip ni hanya 2 hari 1 malam, kami sempat lah mandi air terjun, trekking mencari bunga pakma/rafflesia dan BBQ. Korang boleh jugak pilih untuk melawat orang asli dan bagi sumbangan.

tasik-banding-3

tasik-banding-6

tasik-banding-7

tasik-banding-11

tasik-banding-12

tasik-banding-13

tasik-banding-14

tasik-banding-15

tasik-banding-16

Walaupun kami noobies memancing, dapat la ikan untuk BBQ malam tu. Makanan memang kami bawak banyak. Untuk korang nanti, korang kena plan untuk berapa ramai korang pegi  tambah 2 orang boatman.

Korang juga boleh set aktiviti apa korang nak buat dulu. Nak pergi trekking air terjun ke, nak pergi cari bunga pakma ke, korang sendiri yang set kan.

Benda paling best dekat sana, bila bangun pagi lepas subuh terus boleh terjun dalam tasik. Berendam lah korang sampai menggigil. Haha.

Kami gerak balik ke KL pukul 3 petang dan sampai KL pukul 10 malam. Overall trip ke Tasik Banding ni saya rasa sangat menarik. Korang dah travel ke luar Malaysia tengok tempat-tempat menarik, bila lagi nak hargai tempat menarik di Malaysia ni. Saya kongsikankan gambar-gambar untuk jelouskan korang. Haha.

#Panas di 8 Tip Buat Korang Yang Nak Cuba Bercuti Di Tasik Banding

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.