7 Perkara Yang Saya Belajar Sewaktu Travel Ke Krabi Bersama Keluarga Dengan Kereta Kancil

11:41
7 Perkara Yang Saya Belajar Sewaktu Travel Ke Krabi Bersama Keluarga Dengan Kereta Kancil merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 7 Perkara Yang Saya Belajar Sewaktu Travel Ke Krabi Bersama Keluarga Dengan Kereta Kancil.

Artikel kali ini bukan tentang itinerari kami ke Krabi melalui jalan darat. Bahan tersebut amat mudah dibaca di laman web termasuklah di Vocket.

Ini juga bukan artikel tentang tip-tip membawa anak kecil untuk perjalanan jauh, Google sahaja, anda akan belajar banyak benda.

Apa yang ingin dikongsi adalah beberapa perkara yang saya belajar dari trip terbaru kami sekeluarga ke Krabi dengan hanya menaiki Perodua Kancil EX 850 (manual).

Ini adalah artikel dan video ke dua saya sekeluarga mengembara jauh dengan Kancil. Trip pertama adalah pada awal tahun ini, kami merentasi pantai timur dari Cyberjaya dengan jayanya. Trip tersebut adalah titik tolak dan pemangkin kami untuk membuat roadtrip yang lebih jauh.

Baca pengembaraan saya yang lepas: Jelajah Pantai Timur 3 Hari Cara Bajet Dengan Kereta Kancil

1. Persediaan adalah segalanya

Saya tak terkejut kereta kancil saya dapat menghabiskan perjalanan sejauh 1700km selama 4 hari dengan membawa muatan penuh ketika musim panas kerana segala persiapan untuk perjalanan jauh telah dibuat.

Servis berkala, penghawa dingin, brek, lampu dan tayar, semuanya telah diperiksa dengan rapi.

Saya juga sudah biasakan anak-anak saya dengan laut. Mula-mula dulu mereka memang takut, selepas 3 kali ke Cherating, mereka sudah berani.

Sebab itu mereka ‘snorkeling’ selamba badak sahaja.

trip-ke-krabi-dengan-kancil-7

trip-ke-krabi-dengan-kancil-3

trip-ke-krabi-dengan-kancil-4

2. Tahu limit anda

Walaupun enjin kancil sudah agak veteran dan jumlah jarak perjalanan enjin sudah melebihi 250,000km, saya memandu mengikut limit.

Jalan di Thailand khususnya dari Wang Kelian ke Krabi memang menguji keimanan.

Jalannya yang lebar dan cantik, ditambah dengan transmisi manual dan skil memandu ala Karamjit Singh, saya tahankan saja kaki tekan minyak ke lantai. Tangisan anak menyedarkan saya supaya memandu mengikut secara berhemah.

Memang penat kerana kelajuan maksima yang saya berani bawa hanyalah pada 100km/jam, kalau tidak minyak hitam akan tersembur keluar kerana saya tahu ‘piston ring’ saya tak mampu menampung kelajuan lebih dari tu.

Memang sudah tiba masanya untuk ‘overhaul’ enjin, tapi mekanik saya beritahu yang enjin masih kuat jika memandu ikut limit.

Selain itu, limit badan kita harus dijaga. Perjalanan kami jadi lama kerana saya akan berhenti untuk berehat merenggangkan otot setiap 2 jam. Maklumlah, kancil kan kecil.

3. Membawa anak kecil tak sesusah yang disangka

Jangan terlampau ikut apa yang orang lain kata, kerana bawa anak kecil (khususnya anak yang masih pakai pampers) amat mudah untuk perjalanan jauh.

Inilah masanya untuk anda bercuti berhari-hari tanpa terikat dengan musim cuti sekolah sahaja. Jika kena caranya, memori anda akan menjadi semakin indah.

Saya labur sikit beli pampers mahal supaya tak senang bocor dan tahan lama. Biasakan mereka duduk dalam ‘car-seat’, untuk keselamatan dan keselesaan mereka. Ingat, bila mereka selesa, kita juga selesa.

4. Anak-anak adalah teman bersembang terbaik

Masa kecil, saya selalu jadi co-pilot ayah saya kerana saya banyak tanya soalan. Semasa perjalanan, anak-anak saya pun 2 kali 5. Memang penat nak melayan semua soalan tetapi itulah ubat tidur terbaik saya.

Soalan yang ditanya kadang-kadang tak masuk akal tetapi ia juga mengajar saya untuk memberi penerangan yang seringkas dan sejelas mungkin.

Saya juga perasan yang ‘vocab’ anak saya yang paling kecil sudah bertambah baik selepas pulang dari Krabi.

5. Mengembara adalah guru yang terbaik

Pengalaman mengembara banyak mengajar kita dan anak-anak kita tentang kehidupan. Lagi banyak pengalaman, lebih banyak ilmu bertambah.

Anak-anak saya juga sudah semakin berani untuk berinteraksi dengan orang luar. Dah tak menyorok dalam kain ibu dia bila ada orang datang menyapa. Silap haribulan, mereka pula yang terlebih mesra.

trip-ke-krabi-dengan-kancil-2

trip-ke-krabi-dengan-kancil-5

trip-ke-krabi-dengan-kancil-6

trip-ke-krabi-dengan-kancil-8

#Lamboryellowghini punya bonet memanglah comel jadi kami pasang net kat bumbung untuk extra layer letak barang-barang ringan. Nak akses pun senang terutama buku mewarna ‘mermaids’ 2 orang tu.

6. Berfikiran lebih terbuka

Selepas ke Krabi, kami pulang ke Malaysia menerusi Hat Yai. Kami hanya singgah di sana untuk bermalam sebelum meneruskan perjalan balik ke Cyberjaya.

Tetapi, saya dah tersilap book hotel kerana kesuntukan masa dan tak baca ‘review’ betul-betul. Masuk sahaja ke lobby hotel, pelayan hotel langsung tak mesra tetamu.

Tambahan pula, bau minyak ‘Tiger Balm’ sangat kuat. Sah-sah hotel ni ‘famous’ dengan tempat urut yang tak berapa nak urut. Disebabkan terlalu lewat, saya teruskan juga kerana terlampau penat.

Memang risau, saya dan isteri perlu lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Anak-anak kami seolah-olah faham dan mereka turut sama curiga dengan keadaan sekeliling.

Awal pagi esoknya kami berangkat pulang secepat mungkin. Tak semua tempat yang kita pergi indah-indah belaka. Yang penting, kita perlu bersifat lebih terbuka.

7. Drama di setiap perjalanan, usaha tangga kejayaan

Ini bukan drama. Sebenarnya ini betul-betul. Antara pengalaman pahit dan manis saya adalah kami tertinggal memory card dihotel kami menginap di Ao Nang Beach.

Saya memang selalu rakam video disetiap pengembaraan kami, entah macam mana beg memory card saya tertinggal di Krabi. Separuh rakaman dan memori perjalan kami berada di memory card tersebut.

Selepas membuat beberapa panggilan, memang sah ianya tertinggal di hotel. Kering air liur saya beri penerangan kepada pengurus hotel untuk tolong pos sahaja beg saya.

Disebabkan masalah bahasa, mereka tak berapa faham sangat.

Tanpa disedari, air mata saya juga bergenang. Memori perjalanan kami ke Krabi memang tak ternilai harganya. Selepas itu saya buat pengumuman di laman Facebook dan Instagram.

Mengharap dan berdoa agar ada rakyat Malaysia yang masih bercuti diKrabi dapat tolong ambilkan. Alhamdulillah, mujur ada rakan senegara yang prihatin membalas pertanyaan di Instagram.

Mereka sanggup bersusah payah ke hotel kami menginap dan ambilkan beg kami pulang ke tanah air.

Terima kasih sekali lagi Puan Azian dari Ipoh dan sepupu beliau, Cik Maizura dari Kajang diatas pertolongan anda. Tanpa anda, video Kancil ke Krabi tidak akan lengkap.

Selepas ini, kemana pula ya? Jemput tonton rakaman pengembaraan kami ke Krabi.

Baca lagi: 10 Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Sewaktu Di Krabi, Thailand

#Panas di 7 Perkara Yang Saya Belajar Sewaktu Travel Ke Krabi Bersama Keluarga Dengan Kereta Kancil

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.