Lepas Tutup 3 Hari, Histeria Terus Berlaku di SMK Pengkalan Chepa

14:59
Lepas Tutup 3 Hari, Histeria Terus Berlaku di SMK Pengkalan Chepa merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lepas Tutup 3 Hari, Histeria Terus Berlaku di SMK Pengkalan Chepa.
Foto : ST Foreign Desk
KOTA BHARU: Sehingga ke hari ini, suara jeritan masih lagi kedengaran dari arah bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 biarpun sekolah itu ditutup selama 3 hari dari Khamis lalu untuk memberi ruang kepada bomoh, ustaz dan pengamal perubatan tradisional 'merawat' histeria yang melanda sekolah berkenaan.

Portal mStar melaporkan, semua pintu pagar di sekolah tersebut ditutup kepada pemberita pada Ahad namun suara jeritan dan laungan yang kedengaran menyebabkan wartawan dan jurugambar yang berkampung di hadapan sekolah itu terkejut.

Pihak sekolah telah mengadakan sesi membaca al-Quran selama dua jam dan mengadakan solat jemaah dengan pelajar.

Selain itu, portal mStar juga berkata mereka difahamkan seorang bomoh Cina dan Perak dan pasukannya telah memasuki kawasan sekolah itu untuk membantu situasi.

Kira-kira pukul 11.30 pagi, lebih banyak jeritan dan teriakan kedengaran dan percubaan pihak media untuk masuk ke sekolah tidak berjaya.

Sejak dari Isnin hingga Rabu lalu, lebih 100 orang pelajar perempuan dan lelaki serta guru dikatakan terkena histeria sehingga sekalh terbabit ditutup sementara bagi mengelakkan lebih ramai pelajar dirasuk.

Sementara itu, Harian Metro menerusi Twitter melaporkan, JPN Kelantan berkata sesi persekolahan di sekolah itu berjalan seperti biasa. - Siakapkeli.my

#Panas di Lepas Tutup 3 Hari, Histeria Terus Berlaku di SMK Pengkalan Chepa

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.