"Gabi", "Merarau, "Cicipan" Perkataan Baru Dalam Bahasa Melayu?

20:01
"Gabi", "Merarau, "Cicipan" Perkataan Baru Dalam Bahasa Melayu? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Gabi", "Merarau, "Cicipan" Perkataan Baru Dalam Bahasa Melayu?.

27 Apr - Kini, sedang heboh dibicarakan di media sosial tentang satu keratan gambar yang memaparkan beberapa perkataan iaitu "Gabi", "Kudapan", "Cicipan" dan "Merarau", yang dipercayai orang ramai bakal menggantikan beberapa perkataan dalam bahasa melayu.

Keratan gambar itu tersebar di media sosial Twitter dan Facebook.

Perkataan-perkataan 'baharu' itu mendapat pelbagai respon, termasuk respon melucukan dari orang ramai.



Laman Facebook The Patriots pula mengatakan antara perkataan baru itu diambil dari bahasa Iban.

"DBP cuba mengkayakan bahasa dengan menggunakan perkataan-perkataan kumpulan etnik orang asal yang lain", tulis akaun tersebut.

Setelah diteliti di laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), beberapa  perkataan yang tersebar sebenarnya sudah berada dalam pangkalan data DBP.

Apa pun, jika benar perkataan-perkataan ini akan digunakan, sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak bertanggungjawab untuk memperkayakan bahasa kita.

Jom Cicipan semua!!. - Siakapkeli.my

#Panas di "Gabi", "Merarau, "Cicipan" Perkataan Baru Dalam Bahasa Melayu?

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.