Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru

17:46
Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru.

Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan sebentar tadi. Beliau bakal memulakan tugasnya bermula 1 Mei 2016 untuk tempoh lima tahun.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara,” kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata beliau yakin gabenor baru itu dapat mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya.

Muhammad dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 2010. Beliau adalah graduan Universiti Harvard.

Ikuti berita lanjut di Berita Harian.

#Panas di Datuk Muhammad Ibrahim Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.