Bayi Dua Bulan Maut, Alami Kecederaan Teruk Akibat Didera

12:53
Bayi Dua Bulan Maut, Alami Kecederaan Teruk Akibat Didera merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bayi Dua Bulan Maut, Alami Kecederaan Teruk Akibat Didera.

Bintulu: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas dipercayai telah didera di kuarters pekerja sebuah institusi pengajian tinggi di sini semalam, lapor Harian Metro.

Bayi berkenaan telah dibawa oleh ibu bapanya yang berrumur 25 dan 30 tahun ke Hospital Bintulu selepas bayi mereka itu tidak sedarkan diri kira-kira kam 7 pagi.

Hasil siasatan awal ketika sampai di hospital terdapat kesan patah pada tulang dan lebam dipercayai akibat didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, polis telah menerima satu panggilan daripada seorang doktor dari Hospital Bintulu di mana beliau telah memaklumkan menerima pesakit seorang bayi yang mempunyai kesan lebam dan bengkak, sudah meninggal dunia.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan pada mayat, mendapati bayi malang itu patah tulang belikat, patah tulang rusuk kiri, kesan lebam pada badan serta calar pada mata dan dahi."

"Pasangan suami isteri ini telah ditahan kira-kira jam 2,30 petang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan," katanya. - Siakapkeli.my

#Panas di Bayi Dua Bulan Maut, Alami Kecederaan Teruk Akibat Didera

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.