3 Kotak Berisi Bom di Pangsapuri Mewah

13:43
3 Kotak Berisi Bom di Pangsapuri Mewah merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 3 Kotak Berisi Bom di Pangsapuri Mewah.

PETALING JAYA, 17 Apr: Tiga kotak plastik yang mengandungi bom ditemui di sebuah unit pangsapuri mewah di Damansara Perdana pagi tadi.

Menurut Jurucakap Balai Bomba Damansara, pihaknya menerima panggilan kemungkinan ancaman bom berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Pihaknya kemudian mengerahkan sembilan anggota ke lokasi.

"Anggota yang tiba lima minit kemudian menemui tiga kotak dipercayai mengandungi bahan letupan berada di lantai rumah berkenaan.

"Kita serahkan kepada anggota polis yang turut berada di lokasi kejadian. Polis giat mencari lokasi sesuai untuk memusnahkan bom berkenaan.

"Anggota bomba masih berada di lokasi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku letupan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Katanya, unit pemusnah bom polis dan forensik turut berada di lokasi kejadian. - Siakapkeli.my


#Panas di 3 Kotak Berisi Bom di Pangsapuri Mewah

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.