"Bukan Hal Saya Saja, Mereka Tak Ada Kerja, Hal orang Lain Pun Mereka Cakap Jugak," - Pok Well

15:13
"Bukan Hal Saya Saja, Mereka Tak Ada Kerja, Hal orang Lain Pun Mereka Cakap Jugak," - Pok Well merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Bukan Hal Saya Saja, Mereka Tak Ada Kerja, Hal orang Lain Pun Mereka Cakap Jugak," - Pok Well.

PAKA: Sebelum ini tersebar beberapa keping gambar seorang warga emas berusia 62 tahun dengan gadis berusia 18 tahun yang berkahwin dan menjadi buah mulut ramai.

Memetik laporan Sinar Harian, mereka berusaha menjejaki pasangan ini yang tinggal di sekitar Paka, Terengganu dan berjaya menemu bual pengantin lelaki yang dikenali sebagai Ismail atau mesra dipanggil Pok Well.

Menurut Ismail, dia sudah pun menjangkan tanggapan masyarakat sebegini terhadap perkahwinannya itu menyebabkan dia hanya mengadakan majlis perkahwinan melibatkan ahli keluarga, tetapi ada pihak telah menyebarkan gambar perkahwinan mereka di laman sosial.

“Saya kahwin minggu lepas, cuma buat majlis untuk keluarga terdekat saja. Bukan nak rahsiakan, tapi sudah jangka apa akan jadi kalau buat majlis besar.

“Tapi, gambar kahwin kami tetap tersebar di Facebook. Saya tak baca sebab tak ada akaun, kawan dan keluarga yang beritahu.

“Mereka mungkin sebarkan untuk maksud positif tetapi jadi negatif bila ada yang berniat tak baik,” katanya.

Katanya lagi, walaupun perkahwinanya itu menjadi buah mulut orang tetapi ia tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.

“Saya macam biasa, malas nak ambil tahu apa orang cakap. Mungkin mereka tak ada kerja dan suka buang masa dengan kisah orang lain.

“Bukan hal saya saja, kisah orang lain pun mereka bercakap juga dan saya sudah lali sikap masyarakat yang suka mencari kesempatan menjadikan kisah orang lain sebagai bahan bersembang."

“Kita tak tahu maksud sebenar mereka yang menyebarkan berita dan kadang-kadang ditokok tambah menjadi fitnah.

“Semua itu tak datangkan kerugian kepada saya sebab saya bukan orang terkenal, bukan ahli politik. Benda-benda seperti ini tak boleh disekat, mereka bebas beri pendapat,” katanya.

Ditanya mengenai kisah perkenalan dengan isterinya sehingga ke jinjang pelamin, lelaki berkenaan agak keberatan untuk bercerita lanjut kerana bimbang menimbulkan pemikiran negatif pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah mengenali isteri agak lama tetapi baharu sekarang sampai jodoh.

“Saya sudah menduda 10 tahun dan semua berlaku ketentuan ALLAH,” katanya. - Siakapkeli.my

#Panas di "Bukan Hal Saya Saja, Mereka Tak Ada Kerja, Hal orang Lain Pun Mereka Cakap Jugak," - Pok Well

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.