Asyraaf Lebih Manja Dan Ungkap Perkataan 'Sayangkan Ibu' Sebelum Pergi Selamanya

17:42
Asyraaf Lebih Manja Dan Ungkap Perkataan 'Sayangkan Ibu' Sebelum Pergi Selamanya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Asyraaf Lebih Manja Dan Ungkap Perkataan 'Sayangkan Ibu' Sebelum Pergi Selamanya.

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak empat tahun Muhammad Asyraaf Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap di dalam kereta lama di luar rumahnya semalam dikatakan telah membuat ungkapan terakhir iaitu 'Sayang ibu' di mana ungkapan itu terngiang-ngiang di telinga ibunya Zainun Mohamad, 38, lapor Bernama.

Beliau berkata Asyraaf meluahkan perkataan itu pada malam sebelum sebelum kejadian di mana arwah hendak tidur dan tidak menyangka ia akan menjadi petanda, anak angkatnya itu akan meninggalkannya buat selama-lamanya.

"Beberapa hari ini pun Asyraaf nampak lebih manja dan minta disuapkan kalau nak makan," katanya.

Menurut beliau ketika kejadian di berada di tempat ekrja dan terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada suaminya, Ariffin Zainuddin, 43, pada 4 petang semalam di amna meberitahu anak mereka tidak sedarkan diri selepas terperangkap di dalam kereta yang terletak bersebelahan rumah mereka.

"Asyraaf dibawa ke hospital dan apabila saya tiba di sana, saya diberitahu anak saya sudah tiada lagi."

"Asyraaf biasanya ditinggalkan bersama pengasuh sekiranya beliau bekerja namun setelah Ariffin tidak bekerja sejak beberapa bulan lepas, arwah tinggal bersama-sama suaminya.

"Arwah ni memang jenis anak yang aktif dan sebelum ini pun saya memang nampak dia selalu bermain dalam kereta yang rosak tu tapi tak ada apa-apa yang berlaku," katanya.

Mangsa dipercayai telah keluar dari rumah tanpa disedari bapanya sebelum memasuki kereta Nissan Sunny yang sudah lama tidak digunakan kerana rosak.

Bagaimanapun, mangsa gagal keluar semula dari kenderaan tersebut.

Jenazah Asyraaf  telah selamat dikebumikan di sini malam tadi. - Siakapkeli.my

#Panas di Asyraaf Lebih Manja Dan Ungkap Perkataan 'Sayangkan Ibu' Sebelum Pergi Selamanya

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.