6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM!

23:51
6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM! 6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM! adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM!

6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM!

GEMUK. Alahai, perkataan yang ngeri dipanggil kepada seorang wanita. Tidak kira muda atau tua, bila kita dipanggil gemuk, rasa menyirap je kan? Lebih-lebih lagi jika sebelum hamil kurus, tetapi lepas bersalin masih tak dapat berat badan ideal seperti sebelum hamil dulu.
Ohh, macam mana mahu buat? Ada ke petua atasi gemuk selepas bersalin?
Walaupun gurauan membahagiakan rumahtangga, tetapi jika diulang suara banyak kali, tetap rasa sedih. Lama-lama keyakinan diri menjadi semakin rendah dek kerana rasa diri terlalu gemuk dan tidak cantik.
6 Tips Kurus Selepas Bersalin. Anda Wajib Buat Jika Nak Kembali Selim Melim!4
Jom follow beberapa petua untuk pastikan anda mantain bagai anak dara walaupun setelah beranak 5.

# Manfaatkan Waktu Pantang Anda

Kebanyakan dari kita menggunakan waktu pantang sebagai tempoh untuk menurunkan berat badan. Tempoh dua bulan cuti yang diberikan oleh syarikat anda bekerja sebenarnya mencukupi untuk anda kembalikan berat badan idaman anda.
Apatah lagi jika anda hadapi masalah sembelit atau anak anda ada masalah jaundisseperti yang saya alami ketika bersalinkan anak pertama. Confirm anda tidak lalu nak makan malah fobia terus!
Masalah timbul apabila selera makan jadi berganda apabila kesihatan beransur pulih.
Jadi, ketika anda sedang hamil anda perlu tetapkan target berapa jumlah timbangan yang anda ingin kurangkan. Kemudian, anda buatkan satu jadual makan untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
Susun jadual anda mengikut berapa kalori yang anda perlukan.
Kenalpasti juga makanan-makanan yang boleh membuatkan berat badan anda sukar turun. Sebagai contoh roti putih yang dijadikan sarapan. Adalah lebih baik anda gantikan roti puting dengan roti perang.
Begitu juga dengan nasi yang diambil untuk makan tengahari dan malam. Gantikan nasi putih dengan nasi beras perang atau pun pasta. Elakkan mengambil biskut manis atau biskut bergula sepanjang tempoh anda berpantang.
Tetapi sebagai amaran, jangan pula anda ‘cheat’ sesudah anda berpenat lelah buat jadual makan. Jika anda sanggup tadah telinga mendengar perlian suami atau kawan-kawan, anda bolehlah meneruskan niat anda makan sebanyak-banyaknya ketika dalam pantang.
Sebaiknya anda kekalkan pemakanan kurang karbohidrat ini walaupun anda kembali ke pejabat semula.

# Pemakaian Bengkung Dan Bertungku

6 Tips Kurus Selepas Bersalin. Anda Wajib Buat Jika Nak Kembali Selim Melim!2

Dua perkara ini antara yang paling penting untuk dilakukan ketika dalam pantang. Bengkung membantu supaya badan anda kembali firm terutama di bahagia perut.
Saya paling suka bengkung jawa yang kainnya bermeter-meter yang dililit betul-betul dari bawah payudara sehingga ke peha. Ikatannya sangat kuat dan sangat selesa dipakai. Cuma bengkung ini tidak boleh dipakai sendirian. Ia memerlukan bantuan untuk menarik ketat bengkuk ini.
Ada juga yang menggunakan tiang untuk melilit bengkung ini sehingga benar-benar ketat.
Bertunggu bukan sahaja penting untuk membuang angin yang ada daa badan. Ianya sangat bagus sebagai salah satu cara untuk membakar lemak dengan cara alami. Saya sangat sukakan aktiviti bertungku ketika dalam pantang. Lagi best jika mak bidan yang bantu kita bertungku sambil kita tidur-tidur ayam. Nyamannya!!

# Menyusu Anak Anda

Kurus secara alami. Sesuatu yang saya suka sangat bab menyusu badan. Tahukah anda, setiap kali kita menyusu, setiap kali itulah kalori kita dibakar.
Untung sangat jika anda menyusu badan berbanding ibu yang memberikan susu formula kepada anaknya.
Namun, perjalanan penyusuan ini bukanlah semudah ABC seperti yang dibayangkan oleh anda, terutamanya jika ini kali pertama anda menyusu bayi. Akan ada banyak cabaran yang bakal anda lalui. Oleh itu, siapkan dengan ilmu penyusuan sedari anda hamil lagi.
Anda boleh ikuti tips penyusuan yang saya kongsikan di sini.

# Jangan Jadikan Alasan Menyusu Untuk Anda Makan Dua Kali Ganda

No..No. Ramai dari kita sering gunakan anak sebagai alasan untuk melepaskan diri. Tidak boleh fokus bisnes kerana anak mengganggu. Tidak boleh hadir ke seminar kerana anak tiada siapa yang mahu jaga. Tidak boleh kurus kerana menyusu!
Kesian anak. Dijadikan beban pula jika kita tidak mampu untuk capai sesuatu.
Anda perlu faham nasi yang anda makan dua kali ganda bukan penyebab susu anda banyak. Komposisi utama susu badan ialah air dan protein. Jadi lebihkan pengambilan air dan protein berbanding karbohidrat.
Antara makanan yang boleh banyakkan susu ialah sup lobak putih, ikan, ayam, soya dan sayur sawi. Tetapi bukan semua milk booster adalah sama untuk setiap orang. Ada yang serasi dengan lobak putih, tetapi ada juga yang tidak. Oleh itu, anda perlu try and error apakah makanan yang boleh membanyakkan susu badan anda.
Anda boleh rujuk senarai makanan yang banyakkan susu badan yang saya amalkan ketika menyusu anak saya.

# Rajinkan Bersenam  Walaupun Sekadar Seat Up Ketika Menonton TV

Normal la ketika sebelum kahwin, kitalah olahragawati terbaik tetapi keadaan bertukar sebaik sahaja selepas bersalin. Jika zaman sekolah atau universiti, acara padang mahupun indoor semua kita sapu. Tetapi apabila beranak pinak, nak angkat raket badminton pun malas.
Bukan anda sahaja yang begitu, saya pun sama..hihi. Jadi pilih sahaja aktiviti yang tidak memerlukan anda keluar jika anda terlalu penat.
Untuk masalah perut yang menggelebeh, apa kata anda luangkan untuk seat up sekurang-kurangnya 100kali sehari. Sambil tengok tv atau melayan anak, anda boleh cuba konsisten buat seat up.
Di hujung minggu pula, anda boleh ke taman rekreasi sambil menolak anak anda di dalam stroller. Dapat lima kali pusingan, in shaa Allah banyak kalori yang terbakar.

# Amalkan Minum Air Detox

6 Tips Kurus Selepas Bersalin. Anda Wajib Buat Jika Nak Kembali Selim Melim!3
Air paling glamor untuk kuruskan badan ialah air detox. Ianya air campuran pelbagai jenis sayuran.
Cara untuk buat air detox ini sangat mudah.
  • Masukkan buah-buahan atau sayuran yang telah dipotong ke dalam jar
  • Masukkan ais dia atas buah-buahan tersebut
  • Masukkan air sehingga memenuhi jar
  • Jar tersebut dan biarkan semalaman dalam peti
  • Jika anda inginkan perut yang kempis, anda boleh campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia.
Untuk penyingkiran lemak pula, anda boleh campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.
Jika anda ikut kesemua enam petua yang saya kongsikan di atas, in shaa Allah anda tidak perlu risau dengan peningkatan berat badan setelah melahirkan. Malah, badan anda akan ramping mengalahkan anak dara. Mesti ramai memuji walau sudah beranak pinak, badan masih maintain. Paling bangga, tentulah suami anda kan?
Saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, khususnya ibu hamil yang sedang menunggu masa sahaja untuk lahirkan bayi.
Ohh ye, jika anda sedang menunggu saat lahirkan bayi, jangan lupa buat bacaan pentingtips elak miss v koyak rabak ketika bersalin. Biasalah wanita kan, banyak sangat perkara yang nak dijaga. Sebab itulah Allah angkat kita sebagai golongan istimewa di dalam Islam.
Selamat mengamalkan petua di atas dan jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan dan saudara anda sekiranya dirasakan ianya memberi manfaat.
- DiariMama.com

6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 6 TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN. ANDA WAJIB BUAT JIKA NAK KEMBALI SELIM MELIM! and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.