AMARAN SULTAN : Tamparan Buat Azmin Sebagai Menteri Besar?

16:29
AMARAN SULTAN : Tamparan Buat Azmin Sebagai Menteri Besar? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri AMARAN SULTAN : Tamparan Buat Azmin Sebagai Menteri Besar?.
Apa akan terjadi seterusnya kepada Azmin Ali? Selepas "diketepikan" untuk hadir bersama atau mengiringi Tuanku dalam majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri, kejadian ini pastinya menambah "kekalutan" hubungan antara Menteri Besar Selangor dengan pihak Istana.
Pengerusi sebuah masjid di Selangor mungkin akan dipecat kerana mengizinkan wakil rakyat bukan Islam masuk ke ruang solat masjid itu baru-baru ini.
Malay Mail Online memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim sebagai berkata, pengerusi yang tidak dinamakan dalam laporan itu akan dipecat.
Beberapa hari lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekesalan dengan nazir masjid yang membenarkan ahli politik bukan Islam menjalankan program politik dalam premis masjid.
Dalam kes ini, pengerusi masjid berkenaan mengizinkan Leong ke dalam ruang solat masjid semasa majlis berbuka puasa Sabtu lepas.
Leong menafikan memberi ucapan berbaur politik dan berkata sekadar mengagihkan sumbangan dan mengucapkan jemaah “selamat berbuka”.
Haris memberitahu portal berita itu, pemecatan akan disampaikan kepada nazir tersebut.
Nazir masjid adalah bertugas menyelia operasi harian masjid dan dilantik Majlis Agama Islam Negeri.
Menurut Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor 2010, bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke ruang ibadat masjid atau surau di negeri Selangor, untuk sebarang aktiviti, menurut laporan itu.
Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) dan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Apakah ini juga petanda bahawa Azmin juga semakin hilang "kuasa dan cengkaman" dalam PKR dan Pakatan Harapan tatkala Rafizi Ramli kini dilihat "lebih dekat" dengan Anwar? Atau ini sekadar perangkap Azmin dan Anwar untuk usaha "penyucian" Pakatan Harapan?
#Panas di AMARAN SULTAN : Tamparan Buat Azmin Sebagai Menteri Besar?

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.