'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT'

13:28
'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT' 'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT'

'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT'



KUALA LUMPUR - Kumpulan bekas Penjawat Awam, G25, mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding membincangkan meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadangkan ialah memansuhkan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika ia dilakukan dirumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu. Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi di antara pelakunya dengan Allah kecuali jika perbuatan itu dilakukan di tempat awam.

"Ini bertentangan dengan Islam. Apa yang orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh mengetuk pintu pada jam 3 pagi dan menahan mereka. Ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam. Dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

"Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan di taman awam," katanya yang dipetik dari portal Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Farida, pelaksanaan undang-undang syariah itu menjadi masalah besar apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang individu itu sebagai satu kesalahan jenayah.

Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda.

G25 akan cuba mendapatkan kerjasama dan penglibatan dari semua NGO dalam usaha menubuhkan jawatankuasa tersebut selain dari cuba memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark 'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT' and get update.

Artikel Berkaitan

Previous
Next Post »
Powered by Blogger.